Writing Is Just A Gift

Writing Is Just A Gift

Demi Hati Ini


BAB 1
Hari ini merupakan hari pertama aku memulakan tugas di Maya’s Publication sebagai Junior Editor dibawah pengawasan Puan Marina. Sejujurnya dalam hatiku amat gementar. Mana tidaknya, tidak pernah terlintas langsung aku akan ditawarkan jawatan yg sememangnya telah lama aku idamkan sejak menuntut di UiTM Puncak Perdana. Kerap kali aku dimomokkan jawatan ini hanya layak ditawarkan kepada orang yang mempunyai sekurangmya lima tahun pengalaman namun amat bernasib baik bagiku.
Dua hari lalu sebaik menerima panggilan dari Maya’s Publication, pantas saja aku memaklumkan pada emakku di kampong. Betapa gembiranya wanita tua itu mendengar perkhabaran itu dariku, lantas saja Puan Esah mengadakan kenduri kesyukuran dan meminta aku pulang ke kampong pada hari itu juga! Mujurlah jalan Kuantan dan Kuala Lumpur sudah sebati dengan pemanduanku maka perjalanan yang biasanya mengambil masa empat jam perjalanan hanya tiga jam saja bagi aku. Heee~~
“Maya’s Publication ni baru setahun jagung jadi tak hairanlah permohonan Cik Emynusha mudah kami terima lagipun kelayakan cik amat memuaskan dan memberangsangkan!” puji Puan Marina selaku ketuaku. Aku sekadar tersenyum kecil menerima pujiannya.
“Sebagai bekas graduan dalam bidang seni penulisan, saya harap Cik Emynusha faham dengan skop pekerjaan cik sekarang. Apa yang cik belajar di universiti tak banyak bezanya namun cik harus sedar yang sekarang ni awak berada dalam dunia pekerjaan yang sebenar.” Mukadimah Puan Marina aku sambut dengan anggukan-anggukan kecil tanda mengerti.
“Saya faham puan, dulu masa saya praktikal di Karangkraf pun saya telah didedahkan dengan suasana bekerja yang sebenar,” aku sekadar menyokong kata-kata Puan Marina memandangkan aku telah didedahkan dengan realiti skop pekerjaanku kini.
“Baguslah kalau begitu Cik Emynusha, saya pun tak perlulah bebelkan awak benda-benda macam ni sebab awak sendiri tahu macam mana kan. Okay, ini antara senarai skop tugas awak sebagai permulaan. Untuk tiga bulan ni saya hanya akan pass tugas yang mudah untuk awak tapi itu tak bermakna awak boleh bersenang-lenang tau!” Puan Marina menyerahkan aku sebuah fail kecil. Di dalamnya terdapat beberapa helai kertas yang aku yakin adalah senarai tugasanku. Fail itu aku sambut berserta senyuman manis menyerlahkan ‘kecacatan’ di pipi kananku.
“Manis lesung pipi awak. Tapi hati-hati ya, kat sini ada buaya tembaga!” kata-kata Puan Marina itu aku abaikan dengan satu lagi senyuman manis. Gurauan semata-mata!
Selesai bermesyuarat dengan Puan Marina, kini giliran para penghuni Maya’s Publication pula mengambil alih sesi mesyuarat perkenalan. Mereka semua ternyata menyambut baik kedatangan aku sebagai ahli baru meraka. Senang hati aku.
“Emynusha yer? Pelik nama, pulak tu susah nak sebut. Tergeliat lidah you!” senda Farina, salah seorang pekerja di bahagian Sales and marketing yang turut menyambut kedatanganku.
“Eh, panggil saya Emy jer. Kawan-kawan pun guna nama tu aje. Terima kasihlah sebab terima saya sebagai ahli baru di sini.” Ucapku penuh keikhlasan.
“Tak ada masalahlah, Emy. Kami memang mengalu-alukan kedatangan awak, ringan sikit beban kami di sini. Ada awak senanglah, boleh balik awal saya,” Ahmad yang seangkatan Farina pula menyahut bersama gurauannya. Aku sekadar ketawa kecil langsung tidak mengambil hati malah merasa bersyukur kerana keramahan mereka sememangnya jelas terbukti kini!
“Emy, apa kata lunch nanti kita keluar sama-sama? Nak jugak saya tahu background Emy, nak rapatkan tali silaturrahim kata!” cadangan Farina aku sambut dengan senang hati malah Ahmad, Shreen dan July juga mahu ikut. Bertambah senang hati aku.


Emynusha mengeluh kecil sebaik tubuhnya direbahkan di atas set sofa di ruang tamu rumah sewanya. Penat! Tak sangka mencabar betul kerja editor ni, mujur aku baru lagi sebab tadi Puan Marina hampir naik juling matanya melihat banyak typing error yang aku buat. Bukan apa, gelabah sangat! Nasib baik juga Puan Marina menegur dengan cara yang berhemah kalau tak, mau juga airmata aku tadi. Heee~~
Jam di dinding yang bercat biru aku pandang sekilas. Hampir maghrib! Aku belum Asar lagi! Alamak, cepat-cepat! Pantas aku menarik beg tanganku yang ku campak di atas meja tadi lantas berlari masuk ke bilik untuk menunaikan tanggungjawabku sebagai hamba ALLAH S.W.T.
Tepat jam 9 malam, aku sudah bersiap sedia untuk keluar makan. Eh, jangan salah sangaka aku tak reti masak ye…. Aku dah janji dengan rakan baikku untuk makan di luar jadi tak perlulah aku memasak. Heeee~~
Restoran Pelita yang terletak bersebelahan pusat beli-belah IOI Mall Puchong menjadi tempat pertemuanku dengan dua sahabat baikku sejak di bangku sekolah menengah lagi. Dari jauh aku sudah Nampak kelibat Mayra dan Safwa yang sedang menanti di meja makan. Aku pantas menghampiri mereka. Tak sabar nak cerita pengalaman aku hari pertama bekerja.
“Lambat betullah kau ni, Emy! Penat kita orang tunggu!” marah Safwa. Aku sekadar tergelak kecil sambil menarik kerusi di sebelah Safwa.
“Sorry lar bebb, aku sampai rumah tadi pun dah nak maghrib dengan Asarnya belum lagi. Tu yang slow sikit tuh,sekali kan dengan Isyak.” Jelasku. Harap mereka mengerti. Mayra dan Safwa bagaimanapun hanya mampu menarik cebir. Aku tersengih saja.
“So, macam mana dengan first day kau? Okay?” soal Mayra selepas aku membuat pesanan. Aku terlebih dahulu membetulkan dudukku. Kedua sahabatku itu nyata tidak sabar ingin mendengar ceritaku. Wajah mereka aku tenung satu persatu, hampir pecah ketawaku melihat reaksi serius meraka.
“Emy! Kau ni kan, suka lar nak carik pasal! Cerita lar cepat,” desak Safwa. Mayra sudah menarik muncung itiknya. Aku mengangkat tangan tanda mengaku kalah namun ketawaku masih tidak mampu kutanggung lalu pecah juga. Adui lar, kawan-kawan aku ni pun.
“Okay lar hari ni, walaupun aku ada buat silap sikit. Typing error,” beritahuku. Air milo ais yang baru tiba segera kusedut untuk menghilangkan dahaga.
“Ada pulak typing error? Kata editor mana boleh buat typing error, kau ni pun!” Mayra akhirnya bersuara. Serak suaranya, baru baik demam la katakan.
“Ala, freshie lagi lar. Bukan aku sengaja pun, gelabah punya pasal. First day kata,” aku cuba membela diri. Suasana di sekitar restoran menjadi tatapan mataku. Ramai juga pelanggan malam ni.
“Jangan buat selalu, Emy. Kau sendiri tahu skop pekerjaan editor ni macam mana kan?” Mayra mula hendak membuka ayat ceramahnya. Aku buat muka blurr. Alahai mak cik sorang ni.
“Bebb, aku taw lar. Aku dah puas kena lecture dengan ketua aku tadi, aku dah insaf dah. Janji tak buat lagi!” aku siap angkat tangan lagak buat sumpah janji semata-mata mahu Mayra menghentikan ‘usrah’nya. Safwa tergelak melihat telatahku. Faham benar dia dengan sifat Mayra yang ‘rajin’ memberi nasihat tak kira kepada sesiapa saja, termasuklah pak guard tempat kerjanya sekarang disebabkan kecuaian pak guard itu tertidur di siang hari.
Selesai makan malam bersama Mayra dan Safwa, aku cepat-cepat memandu Gen 2 hadiah abah selepas aku tamat pengajian diploma tiga tahun lalu. Kereta Gen 2 berwarna kelabu metalik ini sememangnya idamanku sejak dulu lagi disebabkan rekaannya yang sporty.
Hampir pukul sebelas malam ketika aku menjejakkan kaki ke ruang tamu rumah sewaku. Penat pulak, baik tidur cepat nanti lambat bangun maka lambatlah aku masuk kerja nanti dah cacat reputasi aku. Namun telingaku cekap menangkap bunyi suara halus sedang mengekek ketawa. Serta merta meremang bulu romaku. Takkanlah hantu, sepanjang hidup aku selama 23 tahun belum pernah lagi aku ‘diganggu’ makhluk halus dan selama menetap di rumah teres setingkat ini selama tiga tahun belum lagi kejadian pelik berlaku. Malam ni malam apa? Eh, baru malam selasa. Tak boleh jadi ni!
Aku menuju ke arah gemersik suara itu. Eh, macam suara….
“Astagafirullah al-azim!!!” aku menekup mulut sambil berpaling.
“Emy!” Aya terkejut melihat kelibatku di muka pintu. Dia yang ketika itu berada di atas tubuh seorang lelaki tanpa seurat benang cepat-cepat menutup tubuhnya dengan selimut. Kelam kabut kedua manusia itu menyembunyikan diri mereka.
“Apa yang kau buat ni Aya?!” jeritku. Aku benar-benar bengang dengan kejadian yang berlaku di hadapan mataku malah di rumahku sendiri!
“Emy…aku…aku…” Aya sudah kehilangan bicara. Lelaki di sebelahnya sudah hilang di dalam bilik air.
“Kau taw tak apa yang kau buat ni dosa?! Dosa besar taw tak?!” Herdikku lagi. Aku betul-betul hilang pertimbangan diri. Marahku sudah tidak boleh dikawal lagi.
“Emy….” Aya sudah menangis. Basah wajahnya langsung tidak meninggalkan kesan di hatiku.
“Baik kau berambus dari rumah aku! Aku tak nak tengok kau lagi! Keluar!” Suaraku naik satu oktaf lagi. Tersentak Aya yang bertubuh kecil itu. Aku tanpa menunggu lebih lama terus keluar dari rumah itu. Hatiku sakit. Sakit yang teramat!


BAB 2
Peristiwa dua minggu lalu telah menyebabkan aku terpaksa berpindah rumah. Aku tak sanggup terus tinggal di rumah yang kuanggap telah tercemar itu. Keputusan itu telah kuberitahu emak tanpa menceritakan hal yang sebenar. Alasanku mahu tempat tinggal yang lebih dekat dengan tempat kerjaku emak terima seadanya tanpa banyak soal.
Sejak kejadian itu juga aku sudah tidak pernah bersua muka dengan Aya, atau namanya Syuraya. Aya merupakan temanku sejak kami mula-mula berkenal di UiTM Puncak Perdana. Kami mengambil jurusan dalam bidang yang sama menyebabkan kami mudah rapat namun Cuma satu yang aku tidak berkenan dengan perangainya, kaki lelaki. Jangan terkejut! Bukan lelaki jer yanga ada title tu tapi perempuan pun ada! Aku tak kisah pun Aya nak bertukar teman lelaki malah tidak aku nafikan kecantikan asli Aya tanpa sebarang make-up tebal telah memaikat hati ramai pemuda dan merupakan gadis popular kegilaan pelajar-pelajar lelaki di universiti.
Aya memang baik denganku dan tidak sombong malah ikhlas membantuku dalam banyak perkara tetapi kejadian malam itu benar-benar membuatkan aku hilang kawalan. Jauh di sudut hatiku sebenarnya aku terkilan dan menyesal namun segalanya sudah terjadi. Keluhan berat aku lepaskan.
“Hai, pagi-pagi lagi dah mengeluh? Banyak sangat kerja ke Cik Emy?” suara garau Encik Aliff menyapa telingaku. Aku pantas mengangkat wajah memandang jejaka bujang terlajak itu. Sebuah senyuman manis aku hadiahkan buatnya.
“Bukan lar Encik Aliff, masalah rumah jer. Bukan pasal kerja,” jawabku sopan. Jejaka itu tersengih. Kaca matanya dibetulkan.
“Dah dapat rumah baru? Ke awak nak saya tolong carikan?” Aku pantas menggeleng. Encik Aliff mengerutkan dahinya.
“Kenapa? Tak sudi?” soalnya.
“Bukan macam tu. Saya dah dapat pun, saya dapat apartment dekat dengan area Subang Jaya. Tak jauh dari office,” terangku tidak mahu lelaki itu berkecil hati. Encik Aliff mengangguk faham.
“Okay tak rumah baru?” tanyanya lagi. Aku berjeda seketika.
“Not bad la, boleh tahan jugak rumah tu. Sewa pun lebih kurang juga dengan sewa rumah lama so tak ada la beban sangat, orang-orang sekitar pun baik belaka. Facilities pun tak ada masalah,” sekali laki penjelasanku dibalas anggukan oleh lelaki itu. Tertanya-tanya juga kau tentang lelaki di hadapanku ini. Umur sudah lebih 35 tahun tapi masih belum sampai seru, dengarnya girlfriend pun tak ada. Biar betul? Pelik aku. Ke Encik Aliff ni cerewet??
“Encik Aliff, saya nak tanya sesuatu boleh?” aku buat muka nakal. Hehehe~~~
“Tanya apa?” pelik Encik Aliff dengan kelakuanku. Kepalanya cuba direndahkan sedikit. Macam nak berbisik pula.
“Kenapa Encik Aliff tak kahwin lagi? Memilih ye?” usikku. Encik Aliff ketawa besar. Aku tiba-tiba kaget dengan reaksinya. Aduh, kan dah jadi bahan tontonan. Apa la Encik Aliff ni!
“Saya ingatkan soalan apalah yang awak nak tanya. Emy…Emy…” Encik Aliff masih dengan sisa tawanya. Aku menarik muncung.
“Saya bukan memilih tapi sebenarnya saya tunggu pilihan keluarga saya,” jawapan dari Encik Aliff itu membuatkan mulutku melopong. Pilihan keluarga? Biar betul?
“Serius ke Encik Aliff ni? Tak percayalah!” aku mencebik. Encik Aliff tidak pula membalas namun dia sempat lagi menghamburkan sisa tawanya sebelum berlalu meninggalkan aku sendirian. Seketika aku berfikir tentang jawapan Encik Aliff tadi. Benarkah? Hmm…
Farina tegak berdiri di hadapan meja cubicleku tepat jam satu tengah hari. Punctual betul! Aku sekadar tersengih melihat dia yang sudah bercekak pinggang menanti aku.
“Lambatlah kau ni! Dah bazir lima minit masa makan aku!” rungut gadis itu. Aku buat muka seposen. Lima minit pun nak berkira, semalam aku tunggu kau bersolek lepas makan nak dekat setengah jam kau tak kira pulak?? Aku lesing jugak budak Farina ni karang!
“Rina, aku dengar  Ahmad dah nak bertunang betul ke?” tanyaku selepas kami membuat pesanan makanan. Farina yang sedang khusyuk membelek-belek telefonnya sekadar mengangguk.
“Patut lar berseri semacam aku tengok mamat tu, ada hal rupanya. Bila dia nak naik pelamin pulak?” soalku lagi. Kali ini jawapan yang kuterima sekadar jungkitan bahu Farina. Aik, demam ke apa budak ni? Jawab macam tak cukup nyawa jek. Apa kes?
“Kau ni kenapa? Marah aku sebab bazirkan masa lima minit makan kau ke?” tanyaku bodoh. Farina melepaskan keluhan berat. Aku mengerut dahi, pelik. Malas la aku nak layan budak ni. Macam parah je penyakit. Sebelum aku terjangkit baik aku senyap.


Alahai… Sunyi la pulak aku sorang-sorang aje kat rumah ni. Besok cuti, apa plan? Kemas rumah? Macam malas pulak. Nak keluar? Macam tak larat pulak. Adess…nyanyi lagu Bruno Mars lar, the lazy song. Heee~~
Bunyi deringan Like A G6 dari telefon K800i Sony Ericsson kesayanganku membingitkan suasana. Aku pantas mencapai telefon yang kucampak di atas meja makan tadi. Uik, nombor tak dikenali? Siapa ni? Nak angkat ke tak? Angkat je la, orang-orang kat office kot.
“Assalamualaikum, hello?”
“Waalaikumsalam, ya. Siapa ni?” tanyaku. Macam pernah aku dengar suara garau serak basah ni tapi di mana ya?
“Emynusha?”
“Err…ya saya. Siapa ni?” tanyaku lagi. Alahai, jawab la pertanyaan kali kedua ni.
“Hmm…saya…” teragak-agak suara di hujung talian untuk memperkenalkan dirinya. Aku suadah tidak sabar. Pantang betul aku orang cakap sekat-sekat ni.
“Jangan nak main-main boleh tak? Siapa ni? Saya tak ada masa nak bergurau! Banyak lagi kerja yang saya nak buat ni!” tengkingku. Peduli apa aku! Siapa suruh main-main!
“Tak apalah, bye!” gagang diletak.
“Mak aih! Kuang hajo! Dah lar tak kenalkan diri pastu main letak aje! Ish…siapa pulak tadi tu? Dia kenal aku, mesti aku pun kenal gak. Siapa ek?” aku bersoal jawab sendiri namun akhirnya aku mengalah kerana tidak menemui jawapan pasti. Kemungkinan tekaanku adalah tipis maka aku give up!
Malam itu aku menonton tv bersendirian seperti malam-malam sebelum ini. Tiada rancangan menarik yang mampu menghilangkan rasa kebosananku yang semakin bermaharajalela. Bosan!!!!!!!  Telefon bimbit kucapai. Nombor telefon Safwa kudail. Lama deringan dibiarkan sebelum bersambut.
“Jom keluar!” tanpa mukadimah atau sebarang pendahuluan pantas aku mengajaknya. Safwa ketawa mengekeh. Aku mendengus. Gelak plak budak ni. Lesing kang!
“Aku ada kat kampunglah, kan aku dah cakap minggu lepas. Lupa eh?” kata-kata Safwa membuatkan aku kecewa yang teramat. Aduh, lupa!
“Ala, aku bosan gaban ni. Mayra kerja, aku taw. Ala…” rungutku. Cebik dibibirku makin panjang.
“Sorry la, tak dapek den na nolong yo.” Sempat lagi Safwa gelakkan aku. Huh, tak berhati perut betul!
Talian diputuskan. Aduh la, bosannya hidup! Nak buat apa ni??? Sumpah aku blurr…
Like A G6 bernyanyi nyaring pantas kujawab panggilan itu. Dari Farina!
“Jom keluar?”
“Give me 10 minutes!” jawabku semangat. Heee~~~


BAB 3
Suasana riuh di taman I-City Shah Alam menggamit perasaan ceriaku. Mujurlah Farina dating ‘menyelamat’ di saat-saat akhir tapi wajah cemberut Farina membingungkan aku. Ada masalah apa budak ni? Dari tadi aku tanya sepatah, sepatah jugak dia jawab. Bila aku tanya berpatah-patah, lagi sepatah dia jawab. Musykil benar aku!
Farina kulihat masih lagi menilik telefon bimbitnya. Dari hari tu lagi! Aku mula tak sedap hati. “Kalau kau ada masalah, cuba cerita kat aku. Tak payahlah kau buat muka seposen gini, naik meluat pulak aku tengok!” hah, ambik sebijik! Kan da kena sound dengan aku. Aku ni kalau dah sakit hati sangat memang senang mulut lepas.
Farina memandang wajahku. Macam nak menangis pulak aku tengok. Alahai, serba salah pulak mak tengok. Ishhh…..
“Okay…okay… aku minta maaf, dah kau macam tenuk hilang anak jer rupa. Fedup gak aku. So, pe masalah kau yang sebenar-benarnya melainkan kebenaran sahaja?” sempat lagi aku melawak. Ala, nak chill kan sikit mood anak gadis sebelah aku ni.
“Ahmad dah tunang….” Adunya. Aku agak kaget di situ. So???????????
“Bukan kau kata kau dah tahu?” soalku agak pelik.
Farina mengangguk. “Tapi….”
Ada tapi-tapi lagi…. Hilang jugak keasabaran aku ni karang.
“Tapi apanya Rina? Jap…… Kau suka Ahmad?????” Samada aku bijak ataupun aku lambat loading, hakikatnya tetap sama aku memang tak ambik port!
Farina menggangguk perlahan. Oh no! Cinta tiga segi. Apakah?
“Ahmad tahu kau suka dia?” kali ini nadaku sedikit kendur. Cuba untuk menyelami ke dasar hati si gadis Farina. Ada masanya muncul la ‘Angel’s Ring’ atas kepala aku. Hehehe~~~
Farina mengangguk lemah. Airmatanya sudah gugur. Alahai, aku lemah bab satu ni.
“Sabarlah Rina, maybe he’s not for you. You deserve better than him, there must be someone is meant to be with you out there. Jangan harapkan pada seorang, tak semestinya dia betul-betul ditakdirkan untuk kau. Mungkin jugak ada hikmah di sebalik kejadian ni semua,” aku cuba menasihati rakan sekerjaku itu. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang namun bukan kita yang menentukannya. Jika benar ada jodoh, percayalah bahawa jodoh itu akan datang jua tanpa di pinta malah tanpa disedari. Kadang-kadang, apa yang ada di depan mata kelihatan baik namun hakikatnya ada yang lebih baik dari itu dan begitulah sebaliknya. Seketika, aku turut menginsafi diri.
“Dia cakap dia pun sayang aku jugak tapi dia pun kata dia sayang tunang dia, dia cakap tunang dia pilihan keluarga sejak dulu lagi jadi dia tak boleh bantah. Sebab tu la dia cuba tanamkan rasa sayang kat tunang dia,” penjelasan Farina kuterima dengan anggukan kecil tanda faham. Ahmad tak bersalah malah dia cuba untuk menurut permintaan keluarganya dan cuba menyemai perasaan terhadap gadis bukan pilihannya. Satu tindakan yang kuanggap, gentlemen!
“Tindakan Ahmad tu betul, Rina. Kalau aku ditempat Ahmad pun aku rasa aku tak mampu buat macam tu, aku lagi senang pilih jalan hidup aku sendiri. Kau kena sedar, Ahmad berkorban demi kebahagiaan keluarga dia dan tak ramai lelaki yang sanggup buat macam tu. Kau nak tak nak kena lepaskan dia. Takkanlah kau nak sia-siakan pengorbanan dia tu? Pentingkan diri namanya kalau kau teruskan jugak niat kau nak bersama dengan dia,” nasihatku lagi. Biarlah aku basuh otak budak ni kejap.
“ Tapi aku sayang dia, Emy. Aku tak sanggup biarkan dia tinggalkan aku,” airmata Farina mula gugur dengan lebatnya. Aku jadi tak tentu arah pulak. Janganlah jadi tontonan orang ramai. Aku ta suka show free ni.
“Dah la, Rina. Tak guna kau menangis airmata darah pun. Macam yang aku cakap tadi, jodoh kau tak semestinya dengan Ahmad. Kau tabahlah, jangan biar Ahmad tahu yang kau ni tergila-gilakan dia. Lelaki ni bila tahu ada perempuan terhegeh kat dia mula la ego melangit, bajet hot la market dia. Kau rilek jer, nanti muncullah jejaka idaman kalbu semalaya kau tu,” sempat lagi aku menyakat. Namun aku berkata yang sebenarnya. Apapun aku mahu Farina bergembira tanpa bersedih tentang hal lelaki lagi. Tak penting!
Farina sekadar tersenyum kecil. Tangisannya kini sudah reda. Mungkin sudah mendapat semangat baru selepas mendapat nasihat dari pakar seperti aku ni? Chewah! Terlebih sudah! Hahaha~~


Weekand. Bosan sudah~~
Apa yang patut aku buat hari ni? Hari masih pagi lagi, baru pukul 9. Yang aku ni pun satu, boleh pulak terbangun awal. Tapi tak pelik pun sebab aku dah biasa sejak mula bekerja ni. Lepas subuh aku tak kan tidur semula, kata orang nanti rezeki tak masuk. Aku tak pasti kebenarannya, yang aku tahu tiap hujung bulan gaji aku dah masuk. Hahaha~~
Apa kata aku drift balik Kuantan? Ala, orang kata jauh tapi bagi aku yang berasal dari sana tak ada maknanya jauh! Maka dengan penuh semangatnya, aku cepat bersiap-siap untuk pulang ke kampong. Mak, anakmu pulang ni! Hahaha~~
Sedar tak sedar kini aku sudah memasuki kawasan rehat Temerloh. Laju jugak pemanduanku tadi, tak sampai dua jam pun! Lapar pulak perut aku maka berhenti rehat sebentar untuk mencari makanan.
Deretan kedai makan yang terdapat di situ membuatkan aku rambang mata. Apa benda yang patut aku isi dalam perut ni? Aku tak naklah bagitahu mak yang aku nak balik, nanti orang tua tu sibuk pulak na masak macam-macam walaupun sebenarnya aku suka dengan masakan mak aku tu. Hehehe~~
“Oh mak masak sedap!” latahku kuat. Aduh! Malunya…
Bahuku yang terasa perit akibat bergesel bahu dengan seseorang tadi segara aku gosok-gosok perlahan.  Mak aih…besarnya badan. Memang patut pun sakit dia langgar. Mujur aku tak jatuh menyembah bumi, kalau tak dah jatuh saham aku!
“Cik, sakit ke?” Tanya suara garau tuan empunya badan yang melanggar aku tadi. Aku pantas mengangkat muka melihat gerangan siapakah wajah pemuda itu. Erk???
“E…Emy…?”
“Err… en.. encik silap orang ni… maaf, saya minta diri dulu!” pantas aku berlari meninggalkan pemuda yang sangat-sangat aku kenali itu. Aku dengar suaranya memanggil-manggil aku namun mujur dia tidak mengejar.
Dengan perut yang lapar belum terisi aku berlari mendapatkan Gen 2 milikku lantas memecut laju keluar dari kawasan rehat itu. Silap pilih tempat aku kali ni tapi apehal plak dia boleh sesat sampai ke timur ni??? Musykilnya aku. Tapi memang tak pelik pun sebab dulu dia pernah cakap dia ada kenalan di Kuantan. Tapi kenapa pulak dia nak tegur aku??? Ni yang musykil lebih ni!
Ah, lantak dia la! Apa aku nak kesah, dia bukan penting pun dalam hidup aku. Yang aku tahu, aku benci dia! Aku tak nak dia kembali dalam cerita hidup aku. Aku tak ingin pun nak tengok muka dia lagi. Alahai, apa ke malang pulak hari ni boleh terserempak pulak dengan dia.
Tapi dah lebih lima tahun aku tak pernah dengar cerita dia, kali terakhir yang aku tahu. Dia dah terbang ke Sepanyol untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang kejuruteraan awam. Aku rasa dia dah dapat apa yang dia impikan selama ni dan aku agak tentulah dia dah habis belajar, mungkin jugak sudah bekerja. Ah, yang aku duk sibuk sangat pasal dia ni kenapa pulak??? Ish… tak pasal-pasal pulak nak buat ulang tayang kat sini.
Dahlah Emynusha oi.. semalam pandai pulak aku menasihat si Farina tu tapi hari ni aku pulak jadi macam ni. Padan dengan muka aku! Cukup! Aku cuma nak selamat sampai jer kat Kuantan, aku nak jumpa mak. Aku nak melepak dengan adik-adik aku. Lupakan segala masalah segala kekusutan. Pedal minyak aku tekan lebih kuat, aku mahu cepat sampai.

BAB 4
East Coast Mall Kuantan menjadi pilihanku untuk membeli-belah. Keramaian manusia tidak menghalang aku untuk berjalan dalam keadaan sesak. Adikku Emyra sudah hilang entah kemana, pantang di bawa berjalan! Aku sendirian menyusuri expo yang berderet di ruang lobi, jualan murah. Aku membelek beberapa helai tudung Arianni, Syria tak ketinggalan juga tudung Siti. Wah, macam-macam fesyen tudung sekarang ni. Dah tak ada halangan dah bagi kaum hawa Islam untuk melaram, senang aje nak up-to-date!
Sedang aku asyik membelek barangan di situ tiba-tiba lenganku ditarik oleh seseorang. Aku ingin menjerit namun lidahku kelu sebaik mataku menangkap raut wajah itu, sekali lagi! Dia menarik aku jauh dari orang ramai. Aku tak tahu kemana dia bawa aku tapi yang pasti aku nampak papan tanda Starbuck di tepi tempat kami berdiri. Mujur dia tidak culik aku untuk dibawa ke tempat yang lebih jauh. Dia segera melepaskan lenganku dari genggaman kerasnya. Aku mengaduh sakit. Yelah, baru tersedarlah katakan.
“ Apa ni!” tengkingku walaupun sebenarnya reaksi itu sepatutnya berlaku sejak awal lagi.
“ Apa awak ingat saya sudi ke ditengking awak macam ni depan orang ramai?” balasnya kasar. Tegang benar raut wajahnya ketika itu. Aku mencebik. Ada aku kesah?
“ Kau nak apa sebenarnya ni?” dengusku. Dia tersengih menyindir. Aku menjelingnya tajam.
“ Awak ingat awak boleh lari dari saya? Saya akan cari awak sampai ke lubang cacing sekali pun!” ujarnya tegas. Aku ketawa sinis.
“ Kalau muat la badan besar kau tu,” perliku. Merah mukanya. Peduli apa aku!
“ Kenapa awak lari dari saya? Puas saya cari awak selama setahun ni, awak ke mana?” soalnya dengan suara yang sudah mengendur. Aku mengerut dahi.
“ Pehal kau nak sibuk susahkan diri cari aku pulak? Bukan ke dulu kau jugak yang suruh aku berambus dari hidup kau?” sinis suaraku. Dengan mamat ni memang aku dah hilang hormat dah. Aku tak kisah orang nak tengok ke ape, biar padan muka dia!
“ Eh, b0leh tak kau hormat aku sikit? Paling tidak pun tak payahlah nak tengking-tengking. Kau tak malu ke semua orang tengok?” dia menekan suaranya. Cuba mengawal kemarahan yang seperti hendak meledak keluar saja gamaknya. Aku langsung tak terkesan. Dengan dia hatiku jadi kering sekeringnya.
“ Pehal aku nak hormat kau pulak? Kau siapa aku nak hormat-hormat? Eh, kau tak layak la!” suaraku naik satu oktaf lagi. Aku tak peduli, hatiku terlalu sakit. Sakit yang teramat sangat, hanya tuhan saja yang tahu. Habis ayatku, satu tampar hinggap tepat di pipi molekku. Peritnya usah cakap namun perit di hati tak siapa yang tahu!
Dia tergamam namun aku sudah menyinga. Berani dia tampar aku depan orang ramai. Dengan ringannya, penumbukku hinggap di perutnya. Tepat mengena! Dia terduduk menahan senak. Aku pantas mengorak langah meninggalkan mamat sengal tu! Rasakan! Kau ingat kau sorang kuat? Hah, padan muka kau makan penumbuk sulung aku. Tak pepasal free show hari ni. Hilang rasa malu, hilang rasa perit di pipi namun hati yang terluka masih belum mahu hilang malah bertambah lagi adalah. Huh, memang silap aku balik Kuantan minggu ni. Silap besar!
Emyra kulihat sedang bercangkung di sisi Gen 2 ku. Aku ingat budak ni dah lupa jalan balik. Riak di wajahnya membuatkan aku berfikir sejenak. Apahal pulak budak ni, sakit ke? Aku tertanya-tanya. Emyra pantas berdiri mendapatkan aku setelah menyedari kehadiranku.
“ Akak dah gila agaknya tumbuk Abang Eyd depan orang ramai tadi?” sergahnya tanpa segan silu. Pasangan cina yang lalu sekadar memandang drama kami. Aku buat muka meluat. Ewah, nak backup mamat tu pulak budak ni. Kang merasa jugak penumbuk aku ni.
“ Yang kau nak marah-marah akak ni kenapa? Suka hati akak la nak tumbuk ke nak pukul ke. Bukan kau pun yang kena tadi. Ala, setakat penumbuk kecik akak ni takkan kesan la kat si badan besar tu!” cebikku. Kunci kereta aku keluarkan lantas membuka pintu dan membolos masuk ke perut kereta. Emyra mengekori. Pintu kereta dihempasnya kuat. Bagai nak gugur jantung aku dengar hempasannya tapi bukan sebab bunyi, sebab dia berniat nak rosakkan kereta kesayangan aku!
“ Woit, kau ingat kereta ni kau yang bayar tiap-tiap bulan kau nak main hempas-hempas? Karang kau balik jalan kaki nanti!” marahku. Emyra buat tak tahu. Akak ingat akak sorang reti mengamuk?!
“ Kenapa akak susah sangat nak maafkan Abang Eyd? Ra kesian tengok dia asyik mengejar akak hanya sebab nak minta maaf. Dah la, kak. Maafkanlah dia, dah puas akak hukum dia.” Kali ini suara Emyra bertukar perlahan demi memujuk aku namun dia silap andai kata aku termakan pujukan dia tu. Aku tersenyum sinis.
“ Senangnya nak minta maaf. Emyra ingat akak nak maafkan dia? Sampai kiamat pun belum tentu Emyra,” tegas aku menjawab. Hatiku sudah nekad. Bila mulutku kata benci maka bencilah aku, tiada kata maaf yang mampu menyejukkan hati keras aku ni.
Emyra mengeluh kecil. Bukan dia tidak tahu perangai kakaknya bagaimana, dia arif sangat tapi kes ini benar-benar buat hati kakaknya sekeras batu kerikil. Dia jarang membenci orang tapi bila dah benci, maka bersungguh la dia benci orang tu. Dan Abang Eyd la orang yang paling dia benci selepas dia menyayangi lelaki itu sepenuh jiwa lima tahun lalu.


“ Emy,” Puan Esah menegurku ketika aku sedang asyik memandang langit. Nak kira bintang konon. Aku menoleh lantas seulas senyuman aku hadiahkan buat emak kesayanganku. Puan Esah sudah tua, usianya sudah menjangkau 50 tahun tapi awet mudanya tidak pernah menampakkan usia sebenar. Almaklumlah, Puan Esah ni pengamal makanan yang sihat disertakan dengan ubatan tradisional hasil langganan tetapnya dengan Mak Kalsom, si penjual jamu di kawasan kampong mereka.
“ Kenapa mak tak masuk tidur lagi? Mak tak sihat ke?” aku cuba mengambil berat. Semestinya itulah tanggungjawab seorang anak pada ibunya. Puan Esah sekadar senyum manis. Senang hatiku melihat senyuman mak, cantik tapi senyuman arwah Abah lebih menarik kerana lesung pipinya yang turut aku warisi.
Puan Esah mengusap rambutku yang hitam lebat. Wajahku dipandangnya dalam, terlihatlah kini mata emak yang bersinar. Mak sedih ke? Kenapa?
“ Mak kenapa ni?” tanyaku khuatir. Lengan mak aku sentuh penuh kerisauan. Jarang aku lihat mak bersedih, kali terakhir emak menitiskan airmata hanyalah pada hari ‘pemergian’ arwah abah lima tahun lalu. Puan Esah sekadar menggeleng dengan pertanyaanku. Lagi la aku risau kalau mak tak jawab.
“ Mak, janganlah macam ni. Emy risau mak sedih-sedih ni, mak ada sakit mana-mana ke? Pening lagi? Mak nak Emy bawak mak pergi klinik ke? Mak pergi la duduk, Emy siap-siap dulu.” Aku mahu berlalu tetapi mak pantas menghalang malah dia pula yang menarik aku duduk di kerusi di ruang tamu. Emyra dan Emyr sudah lama dibuai mimpi.
“ Eyd ada jumpa Emy?” soal mak tiba-tiba. Aku kaget. Mana mak tahu ni? Tak syak lagi, mesti si mulut tempayan Emyra tu yang bagitahu! Jagalah kau besok budak! Dendamku di hati.
“ Mak tak payahlah tahu. Emy pandailah nak jaga hidup Emy,” jawabku agak bosan. Bosan dengan topic diskusi kami. Aku benci mamat sengal tu!
“ Maafkanlah dia, Emy. Berapa lama lagi Emy nak seksa dia? Padamlah dendam dalam hati Emy tu sayang,” pujuk mak halus. Bergetar hatiku dengan pujukan mak namun aku harus kuat. Tak boleh lembut hati kalau bab mamat sengal tu!
“ Mak, sakit hati Emy ni mak tak pernah fikir ke? Mak dah lupa macam mana dia buat keluarga kita dulu? Sampai berpecah belah mak! Tapi arwah abah cepat pulak maafkan dia,” dengusku geram.
“ Sudahlah tu nak, benda dah lepas. Keluarga kita pun dak berbaik dah, maafkanlah dia Emy. Emy tak takut dosa ke?” kata-kata Puan Esah membuatkan jantungku tersentap. Emak kupandang dengan penuh rasa marah. Namun akalku masih waras, untuk tidak memburukkan lagi keadaan cepat-cepat aku bangun meninggalkan emak sendirian di ruang tamu. Sempat kudengar keluhan beratnya namun aku tak peduli. Hitam kataku maka hitamlah!
Keesokan harinya selepas solat zohor, aku bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Meskipun hatiku masih terasa hal semalam namun aku tak akan sekali-kali memberontak di hadapan emak. Bukan sifatku berkasar dengan orang tua terutama sekali ibuku sendiri. Tangan emak kusalam dan kukucup lama sebelum memeluknya erat. Rutin wajib setiap kali bertemu dan berpisah dengan emak. Emyr menyalamku malah sempat mencium pipiku, kebiasaannya sudah begitu. Aku membalas dengan mencium pipi anak muda berusia 17 tahun itu. Giliran Emyra pula menyalamku tapi nampak sangat dia tak ikhlas ketika mencium tanganku. Cepat aja tangannya ditarik sebelum berlalu pergi.
“ Woit, kurang asam kau eh!” jeritku.
“ Kurang asam pergilah beli!” balasnya selamba. Loyar buruk betul! Perangai siapalah yang dia ikut tu. Emak sekadar menggeleng kepala melihat ragam anak-anaknya, tak habis-habis bertelagah.  Aku memandang emak dengan senyuman terpaksa.
“ Emy jalan dulu mak, mak jaga diri tau! Kalau mak rasa tak sihat cepat-cepat call Emy, sepantas kilat Emy sampai Kuantan. Hey budak! Kau jaga mak elok-elok, nak harap kakak kau yang loyar buruk tu memang tak jalan. Ingat, ada apa-apa hal bagitau akak on the spot! Paham?” sempat lagi aku berpesan pada Emyr, anak muda itu sekadar ketawa kecil.
“ Eleh, adik akak jugak si loyar buruk tu. Lebih kurang je perangai,” cantas Emyr. Aku mencebik.
“ Eh, akak yang ni lagi elok perangai dari dia tu taw! Sekali aku debik kang baru hang tau!” gurauku kasar. Emak sempat mengetip lenganku. Aku mengaduh sakit tapi boleh pulak dibantai gelak oleh Emyr, Emyra yang di dalam pun gelak sakan. Kurang asam punya adik!
“ Hati-hati drive tu, Emy. Dah sampai rumah nanti terus call mak,” pesan Puan Esah yang entah keberapa kali.Aku sekadar mengiyakan saja. Tepat jam 2.30 petang, Gen 2 ku mula merangkak meninggalkan halaman rumah keluargaku.


BAB 5
Panas sungguh cuaca hari ni. Berpeluh sakan aku dibuatnya. Waktu makan tengah hari tadi aku rasa macam tak nak keluar dari bangunan Maya’s Publication ni tapi perut aku pulak dah bising minta diisi. Akhirnya aku keluar jugak lepas Farina mengajak berkali-kali siap offer nak belanja aku lagi tu. Kami ke tempat biasa, restoran berhampiran pejabat. Selesai memesan makanan, Farina terus menunjukkan aku sepucuk sampul berwarna oren. Aku menyambutnya dengan penuh tanda Tanya. Macam cantik aje aku tengok. Isi sampul aku keluarkan.Wah, kad kahwin!
“Ahmad bagi kau ke?” soalku setelah membaca isi kad itu.
“Dia bagi pagi tadi. Dia siap pesan kat aku ‘saya harap sangat awak dapat hadirkan diri’” cebik Farina dengan mulutnya yang panjang terjuih. Meluat sangat bila tengok reaksinya begitu nak tergelak pulak aku tengok.
“Habis tu, kau nak pergi ke?” tanyaku ingin kepastian. Kad tadi aku masukkan ke dalam beg tanganku.
“Malaslah aku! Nak buat ape pun? Nak menambahkan sakit hati aku ke?” mencerlung mata Farina memandang aku tanda dia marah. Aku sekadar menjungkit bahu.
“Pendapat aku la, kalau kau tak datang nampak sangat kau memang mengharap kat dia. Tapi kalau kau datang tunjuk muka at least kau boleh buktikan kat dia yang kau tak hadap pun dengan dia tu. Mungkin dia pun saja nak tahu reaksi kau macam mana. Apapun, terpulanglah kat kau, aku cuma cakap apa yang aku rasa je.” Aku tak berniat untuk mengapikan Farina namun begitulah logiknya yang sebenar. Jika aku berada ditempat Farina, tentu aku akan datang.
“Kau rasa macam tu ke, Emy?” Farina memandangku meminta kepastian. Tiba-tiba reaksinya menjadi ragu-ragu.
“Bila tarikh sanding dia? Kalau kau nak aku boleh je temankan,” usulku. Farina berfikir sejenak. Aku menanti jawapannya namun gadis itu tidak memberikan reaksi apa-apa. Aku akhirnya membiarkan saja gadis itu membuat keputusan sendiri yang penting perutku terisi!
Bagaimanapun, perkara yang seringkali aku ingin elakkan sekiranya terjadi akhirnya terjadi jugak. Kenapa bumi ni kecik sangat?! Argh, sakit otak aku! Macam mana si mangkuk ni boleh ada kat sini? Farina juga nampak terkejut dengan kehadiran pemuda yang tidal dikenali menegurku. Farina mengerlingku meminta jawapan.
“Kau kerja kat area sini ke?” tegur lelaki itu. Aku menjelingnya tajam.
“Sibuk buat apa?” cebikku benci.
“Aku tanya elok-elok, cuba kau jawab pun elok-elok.” Lelaki itu bernada tegas. Ah, sikit pun aku tak takut. Farina pula agak tersentak dengan situasi itu.
“Err…saya Farina, kawan ofis Emy. Ofis kami kat seberang jalan tu jer, encik ni siapa?” Farina cuba beramah mesra dengan lelaki itu. Aku pula menjegil mata ke arah Farina. Memandai-mandai pulak perempuan ni, aku lesing kang!
“Saya Faried Marzuki, just call me Eyd. I’m Emy’s…”
“Baik kau blah!” tanpa membiarkan Faried menghabiskan kata-katanya aku pantas memotong. Aku takut sebenarnya. Takut dengan kata-kata yang bakal keluar dari mulut lasernya itu.
“Weh, Emy apsal kau garang sangat ni?” Farina menegur sikapku namun tidak kuendahkan malah cepat-cepat aku menarik tangan Farina untuk beredar dari situ demi mengelakkan kemungkinan yang bakal memburukkan lagi keadaan.
Faried sekadar melihat pemergianku malah sempat pula dia melambai dan Farina membalas lambainya. Aku pantas menjeling tajam kearah Farina member amaran namun gadis itu langsung tidak terkesan dengan aksi marahku. Ish, aku ketuk jugak budak ni!
Setibanya kami di ofis, Farina terus memuntahkan segala soalan-soalan cepumasnya berkenaan lelaki yang bernama Faried Marzuki. Aku cukup meluat mendengar nama itu apatah lagi nak menyebut bercerita. Haram! Satu saja jawapan yang aku berikan kepada si penyibuk Farina. Lelaki tu ‘mangkuk tingkat tak sedar diri’!
Mendengarkan jawapanku Farina bertambah ligat ingin tahu siapakah gerangan pemuda itu yang sememangnya sangat aku benci dan kenapa aku membencinya. Beriya-iya Farina memujukku untuk mendapatkan cerita sebenar. Almaklumlah kerjanya sebagai wartawan kini terpalit padaku untuk menmdapatkan cerita hangat tetapi aku bukanlah seorang yang mudah memberikan cerita apatah lagi berkenaan Faried Marzuki. Jika aku membuka cerita samalah seperti aku membuka pekung sendiri. Biarlah rahsia…cewaaahh…alamak Siti Nurhaliza pulak keluar…huuu… Apapun belum masanya Farina mengetahui hal diriku yang sebenar kerana aku sendiri belum bersedia untuk hal sedemikian. Aku masih memerlukan waktu walaupun sudah lebih lima tahun peristiwa itu berlalu. Aku masih belum mahu memaafkan lelaki bernama Faried Marzuki!


Emynusha semakin menjauh meninggalkannya bersama si manis Farina. Faried Marzuki sekadar melihat bayangan tubuh itu lenyap ditelan keramaian orang. Keluhan berat dilepaskannya. Lima tahun dia kehilangan gadis itu. Enam bulan pertama tanpa Emynusha diisi dengan kehadiran gadis lain yang dia kenali secara kebetulan dan dia bahagia bersama gadis itu namun akhirnya gadis itu meninggalkannya
kerana lelaki lain. Empat tahun seterusnya dia isi dengan melanjutkan pelajaran ke luar negara dan bekerja. Kini dia kembali ke tanah air atas desakan hatinya yang mahu memohon kemaafan dan perasaan serba salah yang perlu dia tebus terhadap Emynusha dan keluarganya.
Kerana terlalu menurut kata hati dan nafsu muda, hati tulus Emynusha telah dia sakiti. Meninggalkan gadis itu tanpa sebarang pesanan. Puan Esah telah memaafkannya begitu juga Emyra dan Emyr, hanya kemaafan Emynusha sahaja yang masih belum dipohonnya. Kata-kata Puan Esah seminggu lalu kembali terngiang di telinganya.
“ Mak dah lama maafkan kamu Eyd sebab mak tahu keadaan masa tu macam mana. Emy tu aje yang keras hati. Mak tahu dia masih mengharapkan kamu cuma dia tu degil, tak dengar cakap mak ni. Pandai-pandai la kamu pujuk dia, mak harapkan kesudahan yang baik buat kamu berdua. Tak elok kamu bermusuhan lama-lama macam ni, susah hati mak tengok Emy tu dan kamu lagi. Umur mak ni tak panjang mana, Eyd. “ Kata-kata Puan Esah cukup berat di pendengaran Faried Marzuki. Dia juga tidak ingin lama-lama menanggung rasa bersalah, dia mahukan kehidupan baru yang tenang tanpa gelodak perasaan yang sentiasa menyelubungi hidupnya.
Saat pertembungan pertamanya bersama Emynusha di R&R Temerloh, seakan dunia itu terlalu kecil dia rasakan. Tak pernah terlintas dia akan terserempak dengan gadis itu di situ walaupun niatnya ke Kuantan adalah untuk bertemu keluarga gadis itu demi mencarinya namun takdir tuhan mereka terlebuh dahulu dipertemukan di situ. Seperti ingin melonjak gembira dia ketika melihat wajah yang semakin jelita itu di hadapan mata tetapi apabila gadis itu menidakkan dirinya dia terasa seakan ada batu besar menghempap tubuhnya. Pedih, sakit dan terlalu kecewa. Ketika itulah dia merasakan laluannya tak akan semudah yang dia sangka.
Insiden di pusat beli-belah East Coast Mall juga tidak dijangkanya terjadi. Niatnya cuma mahu berbincang tetapi berakhir dengan aksi gadis kecil molek itu menumbuknya. Sungguh dia terkejut tetapi bila dikenang semula terasa kelakar pulak. Tak sangka kuat juga penumbuk sulung gadis itu tapi silapnya juga kerana gagal mengawal emosi hingga tangannya hinggap di pipi gadis itu. Bila diceritakan kepada Puan Esah hampir pengsan wanita itu malah bertambah cemas dia saat Puan Esah mengangkat gagang telefon. Tahu benar sia yang dia mahu hubungi. Semestinya anak perempuan sulungnya itu. Mujur juga sempat dihalang kalau tak, bertambah besarlah masalah yang sedia rumit.
Jam di pergelangan tangannya dipandang, hampir jam 2.30 petang. Langkahnya diatur menuju ke kereta. Esok merupakan permulaan hari baru buatnya. Terasa berdebar menanti hari esok namun hatinya harus cekal demi menempuh hari baru nanti. Semoga semuanya berjalan lancar. Doa dalam hati kecilnya.


BAB 6
Di sangkakan panas hingga ke petang namun hujan juga di tengah hari, begitulah perasaanku pada saat Faried Marzuki diperkenalkan sebagai pemangku pengarah Maya’s Publication. Hampir saja aku mahu menjerit membantah namun tidak pula terkeluar suaraku, sekadar tersekat di kerongkong. Baru kini aku tahu Datin Seri Maya merupakan ibu saudara Faried Marzuki. Kenapa kecil sangat dunia ni???
Hati kecil Emynusha mendongkol geram saat dia terpandangkan lirik senyuman Faried Marzuki ketika mata mereka bertembung. Aku benci melihat senyuman lelaki itu. Benci!!!
“Encik Faried akan memangku jawatan ini selama setahun atau mungkin lebih bergantung pada permintaan Datin Seri Maya yang masih menjalani rawatan di luar negara. Saya harap semua staf berikan kerjasama sepenuhnya pada Encik Faried walaupun dia sekadar pemangku jawatan.” Ucapan yang diberikan Puan Marina menikam jauh kedalam jantungku. Setahun atau lebih??? Aku tak sanggup!!!
“Bukankah Encik Faried graduan dalam bidang kejuruteraan? Dengarnya ada Master lagi, kenapa pulak nak join bidang yang langsung tiada kaitan dengan kejuruteraan?” aku memberanikan diri bersuara. Semua mata tertumpu padaku kemudian beralih pula pada lelaki itu. Masing-masing mahu tahu jawapan daripada soalanku.
“Mana cik tahu saya ada Master in Engineering?” soalan dijawab soalan. Aku mengetap gigi. Kurang ajar! Kini semua mata tertumpu padaku semula namun mataku lebih tajam menikam wajah lelaki yang sedang duduk tersenyum sinis di hujung meja.
“Cik Emynusha, I’m only in conscience of fulfilling my aunt’s request. Futhermore, I don’t have anything to do since I was graduated. So, for being sit without do nothing it is better for me accept her quest. Are you clear now?” akhirnya jawapan yang diberikan lelaki itu mendapat anggukan dari semua staf yang mendengar tetapi bagi aku, huh! Bilik yang terasa semakin sempit itu segera aku tinggalkan. Agak drastik tindakanku namun aku tak peduli, andai dipecat sekalipun aku tak kisah!
Aku menghenyakkan punggung di atas kerusi mejaku. Sungguh aku panas hati. Bagaimana aku harus menempuh hari-hari mendatang dengan kehadiran lelaki itu? Melihat wajahnya pun aku benci apatah lagi mengimbau kembali cerita lama. Seakan sakit jantungku datang kembali seprti lima tahun lalu. Ya Allah, Kau bantulah hamba-Mu ini. Aku sudah tidak mampu menghadapi derita hati ini lagi. Kau berikanlah kekuatan padaku, Ya Allah. Gugur lagi airmataku setelah bertahun kucuba menahan. Sungguh aku lemah kini, lemah dalam menanggung keperitan yang semakin memamah perasaanku sendiri. Apa yang harus aku lakukan??
Sesaat berlalu ingatanku digamit peristiwa lima tahun lalu. Terasa segar kembali setiap babak-babak yang berlaku bagaikan baru semalam terjadi. Aku masih ingatn dengan jelas suasana ketika itu, pertemuan yang tidak dijangkakan di atas perairan Laut China Selatan bersaksikan sepanjang Jambatan Pulau Pinang.


“Yus, kau comfirm ke kita naik feri yang betul ni? Kau memandai je naik,” soalan Myra mendapat perhatianku dan disambut oleh kekehan dari Jannah. Aku sekadar tersenyum kecil.
“Awat hang kalut sangat ni pompuan?” dengus Yusrina. Bengang dia dengan sikap kalut Myra. Biasalah bila kali pertama berjalan di tempat orang, takut sesatlah katakan. Myra pula menarik muncungnya sedepa. Jannah semakin mengekek ketawa melihat gelagat dua sahabatnya itu.
“Jannah, baik hang senyap sebelum aku cabai mulut hang tu!” loghat utara Yusrina yang pekat itu langsung tidak member kesan pada Jannah malah semakin kuat pula dia ketawa. Aku menggeleng kepala melihat perangai rakan-rakanku itu, ada saja yang nak digaduhkan.
“Dah la tu korang, dari tadi tak habis-habis bertekak. Jannah, cukup-cukuplah kau gelak nanti menangis pulak. Yus, kau sabar je la jangan temper sangat. Kau Myra, cuba jangan obvious sangat kalut kau tu, pening tau tak? Kita datang Penang ni nak jalan-jalan bukan nak bergaduh. Sia-sia nanti kita datang sini kalau korang asyik bertekak je,” akhirnya aku bersuara cuba meredakan ketegangan sahabat-sahabatku. Kalau mereka jadi api, akulah yang akan jadi airnya.
Mujurlah kata-kataku mudah mereka terima. Aku mengeluh lega. Mereka bertigalah sahabat yang rapat denganku sejak kami sama-sama mendaftar di sebuah kolej di Pahang. Berada di tahun akhir pengajian kami semakin mengeratkan ikatan yang ada dan kini kami berada jauh dari timur ke utara semata-mata mahu mengisi cuti semester yang masih bersisa dua minggu lagi.
Percutian kami ini sudah kami rancang pada awal semester lalu tetapi disebabkan kekangan tugasan yang bertimbun sepanjang semester membuatkan percutian kami tertangguh hingga kini. Kebetulan jaga keluarga Yusrina mengadakan kenduri perkahwinan sempena sepupunya maka adalah alasan kuat untuk kami melawat negeri itu. Yusrina yang sememangnya berasal dari Kedah memudahkan perjalanan kami cuma Myra saja yang agak kalut.
“Kat Bandar Goergetown tak ada benda sangat yang kite boleh tengok sebab tu aku bawa korang datang pulau dulu. Kita jalan-jalan kat Gurney, tengok wayang. Okey?” cadangan Yusrina itu mendapat sambutan baik. Almaklumlah, dia lebih arif dengan negeri itu.
Feri yang kami naiki kini berada di tengah-tengah laluan di antara Goergetown dan pulau. Cuaca terik tidak menghalang aku menikmati keindahan binaan Jambatan Pulau Pinang dari kejauhan. Kata Yusrina, dia akan bawa kami menyusur jambatan itu bila kami hendak pulang nanti.
Ketika aku sedang leka menilik pemandangan tanpa aku sedari langkahku semakin jauh dari rakan-rakanku. Hampir saja aku terjatuh dari dek feri akibat terlalu asyik mendongak tanpa melihat ke bawah. Mujur ada sepasang tangan yang sempat menyambutku. Saat itulah terpatrinya pandangan anak mata berwarna coklat cair itu dengan pandangan mataku. Tubuh tegap itu terasa amat rapat dengan tubuhku hinggakan aku mampu mendengar setiap dengupan jantung yang terasa deras kurasakan.
“Saudari tak apa-apa ke?” Tanya seorang pemuda penuh prihatin. Aku gugup seketika. Bukan terkejut dengan situasi cemas itu tetapi lebih dengan kelekaan menikmati keindahan ciptaan Tuhan.
“Eyd, awat ni?” teguran dari suara lain mengejutkan aku dari kelekaan. Pantas aku melepaskan diri dari pelukan jejaka tadi. Malu.
“Tak ada apalah, saudari ni hah tadi sikit lagi nak terjun ke laut tu hah. Syok sangat tengok laut agaknya,” kata-kata pemuda itu membuatkan kulit muka ku terasa begitu tebal sekali.
“Cik saudari tak apa-apa kah? Bahaya kalau dok tengok laut tu sangat,” nasihat rakan pemuda itu sekadar mendapat jelingan dariku. Ketika itulah aku terpandang tiga orang rakanku sedang datang merapati kami.
“Emy, kan aku da pesan hang jangan pi main jejauh! Bahaya tau dak? Nanti hang luka ka hapa aku jugak yang susah,” bebelan Yusrina di hadapan kedua pemuda itu semakin memalukan aku.
“Aku okeylah, Yus.” Hanya itu yang mampu aku luahkan akibat terlalu malu. Aku rasa semakin panas wajahku berada dalam situasi itu.
Yusrina akhirnya mengucapkan terima kasih pada pemuda tadi bagi pihakku yang sudah terkunci mulut. Kami berpisah haluan sebaik feri tiba di terminal. Aku masih sempat menoleh melihat Myvi SE biru metalik yang dinaiki kedua pemuda tadi mengekori haluan kami hinggalah kereta itu membelok ke laluan bertentang dan akhirnya hilang dari pandanganku akibat ditelan kesesakan laluan.