Writing Is Just A Gift

Writing Is Just A Gift

Manual Cinta


Manual Cinta

                Namaku Mohd Syafie bin Rosman atau lebih dikenali sebagai Pa’e. Berumur 24 tahun dan masih menuntut dalam Ijazah jurusan Kejuruteraan di UTM. Tinggiku lebih kurang 175 cm dan berat dalam 80kg, ideal bagi lelaki muda dan sihat seperti aku. Merupakan anak kelahiran dari Changlun, Kedah tetapi merantau menimba ilmu di kota Kuala Lumpur. Di KL ni aku duduk menyewa sebuah rumah dengan tiga lagi rakan seperjuangan aku, Zaki sama jurusan dengan aku, Gambit dalam jurusan mekanikal dan berasal dari bumi Kenyalang Sarawak dan Hamdi, budak kampung aku jugak tapi dia dalam kursus elektrik kuasa.
                Kami selalu lepak bersama sampai ada yang gelar kami bujang lapok terlebih sorang. Tak kisahlah pun yang pastinya hubungan sahabat kami berjalan baik. Zaki merancang untuk mendirikan rumah tangga setelah tamat belajar nanti. Yalah, keluarga dia orang senang, bapak dia ada syarikat sendiri. Gambit pula dia nak kerja dulu kat KL ni kumpul duit sebelum balik Sarawak dan Hamdi pulak dia nak terus balik Changlun sebab nak take over bengkel repair barang elektrik pak cik dia. Okeylah tu, kan? Aku? Buat masa ni perancangan aku lain dari yang lain.
                Ini merupakan tahun terakhir kami bergelar pelajar. Tinggal beberapa bulan aje lagi untuk peperiksaan akhir yang bakal menentukan nasib dan masa depan pelajaran kami sepanjang tiga tahun ni. Apapun belajar tak susah bagi aku sebab Allah kurniakan hati dan otak yang senang terima ilmu kat aku dan atas kurniaan tu pointer aku tak pernah turun melainkan menunjukkan angka 3.90 dan ke atas.
Skema? Ya, ada jugaklah suara-suara sumbang kedengki kata aku ni ulat buku dan cuma nampak buku je la tapi sebenarnya aku ni normal je macam lelaki lain. Yang pelik sikit sebab aku ni kurang bersosial. Inilah kekurangan aku, berat mulut! Ya, berat mulut nak beramah mesra dengan orang lain. Kira nasib baik akulah sebab dapat tiga orang kawan tu kalau tak mau aku mati kutu kat KL ni sorang-sorang.
Dan disebabkan kelemahan aku tu, sampai la ni aku tak ada girlfriend! Ambik kau, single. Sedih bila aku fikirkan hal tu, umur dah 24 tapi tak ada awek. Budak-budak umur 13 pun dah ada steady girlfriend, aku ni calon pun tak wujud! Eh, dulu ada tapi sekarang… aku je yang tak pernah-pernah nak pergi tegur dia. Siapa dia? Malu aku nak bagitau,nama dia Siti Qalisya binti Dariman. Budak kursus aku jugak tapi seksyen lain, kami cuma ada beberapa subjek je yang ada lecture sama. Masa tu lah aku guna tenung muka dia lama-lama.
Qalisya ni comel je orang dia, dia pendek sikit dari aku dalam 160cm dan berat pun aku agak dalam 50kg. Kulit putih gebu, rambut dia macam ombak-ombak gitu paras leher je. Aku suka sangat bila dia pakai snow cap bila hujan lepas tu cover lagi dengan hood sweater dia, comel! Bila Qalisya gelak aku rasa macam jantung aku ni nak cair habis, cantik senyuman dia. Aku suka. Tapi dalam pada comel dia tu sebenarnya pemegang tali pinggang hitam karate. Gila kau! Qalisya pun aktif bersukan dan dia paling suka camping area hutan.
Budak-budak lapok kat rumah aku tahu Qalisya tu pujaan hati aku sejak semester 1 lagi. Dah banyak tips dan nasihat yang diorang bagi kat aku supaya tackle Qalisya tapi aku ni je yang ketegaq sikit. Malu bro! Rasa macam maruah aku kena pijak-pijak je nak tegur orang perempuan ni. Dalam kamus tiga tahun aku menuntut kat UTM ni belum pernah lagi aku rapat dengan mana-mana girl, bila grouping pun selalu aku heret Zaki atau Sathya. Ada juga budak-budak perempuan try nak ikat aku masuk grup dorang tapi aku lagi bijak sebab awal-awal semester aku dah paku Zaki jadi partner aku so nak tak nak, kami berdua aje la. Bak kata lagu Acha, berdua lebih baik.
Tapi bila aku fikirkan semula rasa macam aku ni bangang sangat. Bijak dah bijak tapi bijak fizikal, yang mentalnya failed! Mak aku tak ada la bising pasal menantu ni sebab dia tahu aku belajar lagi tapi bila kes Pak Long momokkan aku dengan cerita konon kalau habis U pun masih tak ada steady lagi, alamat melongo la sampai ke sudah. Aku mula-mula buat derk aje dengan cerita karut Pak Long tu tapi kalau dah hari-hari mata aku ni dijamu dengan aksi caring-daring-romantic-idealistic couple kat kampus ni, aku jadi tercabar pulak. Tambah lagi kisah Zaki yang nak kahwin lepas grad. Aduh…ni dah kira sumpahan ni!
Maka dengan azam aku nak lepaskan diri dari ‘sumpahan single selamanya’ ni, aku mencubakan diri menegur Qalisya. Mujur jugak dalam tiga tahun aku stalker Qalisya dia pun masih berstatus single. Bukan tak laku tapi terlebih laku sampai hampir separuh list nama budak lelaki kampus ni dia reject. Yang separuh lagi sebab tersenarai dalam kes sudah berpunya, terlebih umur, tak cukup umur, kekeliruan jantina dan lain-lain.

“PA’E, jom pergi padang. Ada match dengan budak course mecky hari ni, kau nak join?” ajak Zaki ketika aku sibuk mengerjakan binatang hijau dalam permainan Angry Bird dalam computer ribaku. Aku menekan butang ‘pause’ kemudian memandang Zaki yang sudah menyarungkan jersi merah kuning kegemarannya. Peminat pasukan bola sepak Selangor dan Manchester United. Aku membetulkan cermin mataku sambil sengaja membuat reaksi seperti sedang berfikir sesuatu yang berat.
“Dah, tak payah buat muka berkedut kau tu! Jom!” Zaki sudah tidak termakan usikanku. Habis dah buat benda sama tiga tahun, Zaku pun dah naik meluat. Aku sekadar tersengih kerang busuk. Almari di sudut bilik aku buka lalu mengambil jersi kegemaranku, jersi rekaan rakan-rakan kelas semasa sekolah menengah dulu. Jarang-jarang aku pakai jersi tu disebabkan terlalu sayang. Kenangan zaman muda-muda dululah katakan.
Padang yang tak berapa luas milik kampus kini dipenuhi dengan para penuntut yang mahu menyaksikan perlawanan petang itu. Pertembungan pada hari ini adalah di antara penuntut dari jurusan mekanikal dan penuntut dari jurusan kejuruteraan awam. Penyokong kedua pasukan bersusun mengelilingi padang bersama sorakan semangat. Pa’e, Zaki dan rakan pasukannya sedang memanaskan badan di hujung padang, begitu juga dengan pasukan lawan. Seketika kemudian perlawanan pun bermula dan sorakan turut bergema melaungkan nama-nama popular pelajar kampus.
Separuh masa pertama berlalu tanpa gol. Ternyata saingan pada hari itu sengit antara kedua belah pasukan. Pa’e meneguk air minumannya yang dia bawa bersama tadi. Peluh yang mengalir macam air paip, banyak! Zaki menghampirinya dan meminta air dari Pa’e. Masing-masing kelelahan. Semput berpusing atas padang mengejar dan berebut sebiji bola. Itulah sukan terkenal diseluruh dunia.
“Pa’e, kau dengar tak masa match tadi?” soal Zaki sambil tercungap-cungap. Aku mengerut dahi kurang paham. Aku dengar, dengar bunyi wisel bingit si Aslan.
“Aku nampak bola je tadi, apahal? Kau ada dengar apa-apa ke?” aku kurang pasti dengan apa yang mahu disampaikan oleh Zaki sebab coach tak bertauliah kami, Usman sudah memanggil untuk berkumpul. Zaki kemudian memberi isyarat ‘nanti’. Aku sekadar mengangguk saja. Cuak jugak ni, apalah yang saspen sangat agaknya?
Berlari di atas padang untuk menjaringkan gol selama lebih 90 minit akhirnya kemenangan berpihak kepada pasukan jurusan kejuruteraan awam dengan gol kemenangan 2-1 hasil sumbangan Pa’e dan Kaviran. Para penyokong mereka bersorak riang pada saat wisel penamat berbunyi. Perlawanan hari itu menaikkan mata metric mereka bagi credit kokurikulum. Tiada piala kemenangan hanya persaingan sihat dan mengeratkan silaturrahim di antara penuntut kampus.
“Zaki, kau dengar apa tadi?” aku dah tak sabar-sabar nak tahu cerita Zaki. Pada ketika itu kami sedang duduk di bangku di tepi padang sambil membuka kasut. Pakai selipar je balik rumah, lagi selesa.
Zaki tidak terus menjawab pertanyaanku tetapi kepalanya terpusing sana sini macam tengah cari sesuatu. Aku secara tak langsung terikut jejak pelik dia tu. Tengok apalah?
“Aku dengar nama kau ada orang laung-laung, jerit-jerit. Aku cuba gak nak tengok siapa tapi ramai sangat yang ada kat tepi padang ni, aku tak nampak.” Beritahu Zaki akhirnya.
Aku mengecilkan mataku. Okey, apa yang perlu aku buat sekarang? Melompat gembira atau menangis?
“Err…so?”
“So apanya, ada orang panggil nama kaulah. Maknanya kau ni kira market jugak sebab ada peminat. Itu bermakna jugak kau ada peluang selamatkan diri dari ‘sumpahan single selamanya’ tu,” Zaki bersuara kuat macamlah aku ni sebatu jauh dari dia.
“Okey, ada orang jerit nama kau jugak. So, kau masih nak kahwin lagi ke tak?” soalku sinis sebelum berlalu meninggalkan Zaki yang terkulat-kulat dengan soalanku tadi. Sama ada dia tak faham atau dia tengah fikirkan jawapannya.
“Ada ke orang jerit nama aku?” tanya Zaki. Aku mendengus bosan. Kadang-kadang Zaki ni terkeluar dari skema jawapan. Bendul dia tak pandai nak sorok.

QALISYA dah ada steady boyfriend! Berita buruk yang disampaikan oleh rakan baik Qalisya sendiri semasa dia mencuri dengar perbualan mereka di koperasi kampus. Hancur lebur hati dan perasaan aku. Aku rasa masa tu jugak aku nak tanya Zila siapakah gerangan lelaki tak guna tu?! Berani rampas si comel Qalisya dari aku! Huh!
“Pa’e, nak pergi lepak kat warung Tok Jiman tak?” Hamdi memecahkan lamunanku. Aku tidak menyahut. Dah berat sangat mulut aku ni sejak dapat berita buruk petang tadi. Tu la akibat curi dengar perbualan orang. Kan dah sedih.
“Jomlah, Pa’e. Kau belum bercinta tapi dah putus cinta, reality sikit bro! Jomlah, Hamdi nak belanja minum tu. Reward kita menang game semalam, Gambit pun dah tunggu kita kat warung ni.” Zaki menguis bahuku. Termakan pujukan tak seberapa Zaki, aku bangun juga membuntuti langkah mereka. Kami hanya menaiki motorsikal dan aku duduk membonceng di belakang Zaki.
“Lambat!” rungut Gambit sambil menunjukkan mee goreng dan teh tariknya yang sudah habis licin. Di sisinya, Usman dan Zakaria rakan pasukan bola mereka.
“Ni, pujuk intan payung kita ni hah. Baru putus cinta, bro! Handle with care, fragile!” dalam pada itu Zaki masih sempat melawak dengan mengusik aku. Bertuah punya kawan. Nanti kau, Zaki!
“Bila masa dia ada awek?” soal Usman pelik. Lataran itu pecah ketawa anak muda di meja itu disebabkan soalan Usman. Nampaknya hanya dia yang ketinggalan cerita. Aku malaslah kalau lepak sini jadi bahan budak-budak tak cukup akal ni. Karang ada jugak yang aku patri jadi batang paip ganti sistem pengaliran warung Tok Jiman ni.
“Relaks sudah, bro! Tak ada hal la, kau ni pun. Setahu aku Qalisya tak ada pakwe lagi, dia just admire someone kat kampus kita ni tapi tak tahu siapa. Hana kan course mate cum awek plus kawan Qalisya,” beritahu Zakaria.
Aku dengar tu! Semangat datang dari mana tah, bulat je mata aku tengok Zakaria. Tiba-tiba aku tengok Zakaria ni macam kawan aku yang paling baik dan bersinar-sinar, Zaki dah jatuh nombor tiga sebab dia bahan aku tadi lagipun Qalisya sentiasa nombot satu.
“Serious kau? Jangan bahan aku, Zack.” Aku cuba mengertak. Manalah tahu aku kena lagi, kadang-kadang budak-budak ni sewel tak bertempat.
“Daripada kau duduk macam cacing kepanasan tak tentu arah ni, apa kata kau pergi tegur Qalisya tu. Tu, tengok tu dia datang dengan askar-askar dia. Pergilah!” Gambit memuncungkan bibirnya ke satu arah di belakangku. Aku berpaling. Fuh, si comel Qalisya dengan snow cap dia datang berlenggang memasuki warung Tok Jiman bersama rakan-rakannya.
Aku telan air liur yang berperisa kelat, pahit, berpasir, payau! Rasa macam nak muntah pun ada, gabra punya pasal. Ni perangkap maut ke apa ni? Ke ada pakatan bukan Malayan Union buat pertemuan tak dijangka ni? Aku jadi serba tak kena. Qalisya, Qalisya, Qalisya. Berzikir aku sebut nama gadis pujaan aku tu tapi dalam hati je berani.
Zakaria bangun dari duduknya menuju ke arah meja tempat gadis-gadis itu bertapak. Hana menjadi sasaran Zakaria, pasangan bercintalah katakan. Tapi yang memusykilkan aku, tiba-tiba Zakaria arah pekerja Tok Jiman supaya menggabungkan meja mereka. Apa ni? Ada mesyuarat haram ke? Aku jadi gelabah. Dah hilang GPS!
Entah pertalian rahsia apa lagi yang dijalin sahabat-sahabat bertuah aku ni sebab Qalisya duduk depan aku! Ya, gadis pujaan aku ada di depan mata sekarang. Nak kata gembira, aku rasa macam nak pengsan dah ni tapi nak kata tak suka pun rasanya macam aku nak ikat Qalisya kat tiang seri warung Tok Jiman ni. Aduh!!
“Hai, Pa’e.” sapa Qalisya bersama senyuman manisnya. Aku terpempan. Apa tu? Qalisya tegur aku? Aku salah dengar ke? Rasanya semalam aku dah bersihkan telinga aku. Rutin wajib aku untuk kesihatan hari sabtu.
Zaki yang duduk disebelahku menyepak kakiku di bawah meja mujur aku tak jatuh terlentang. Kurang asam punya Zaki, kalau ya pun, cover la sikit! Aku menghantar isyarat maut pada Zaki tetapi mamat tu sengih je. Lagi kurang asam dia. Ish!
“Err…hai…Qalisya,” gagap lidah dah aku. Qalisya punya pasal.
“Panggil Sya je. Hmm…best Pa’e main bola semalam,” Qalisya memujiku. Wah, ini sudah bagus. Pujaan hati memujiku. Rasa macam syurga bawah tapak kaki aje.
“Err…biasa je, tak nampak pun Sya ada. Tak perasan, ramai orang.” Okey, relaks, cool, bertenang! Hah, sekarang ni cuma dunia aku dengan Qalisya aje. Orang lain…shhuhh!!
Qalisya senyum manis. Alamak, boleh tak minta izin Qalisya pinjam senyuman dia tu? Aku nak frame XXXL kat dalam bilik aku. Cantik, manis, comel!
“Sya pun hampir tak kenal Pa’e semalam sebab Pa’e selalunya pakai cermin mata, semalam tak.” Mata Qalisya aku renung dalam dan tajam. Aku nak hantar isyarat telepati. Saya suka awak, Qalisya!
“Oh, takkanlah nak berlari berpeluh dengan cermin mata kan?” aku nak melawak lebih tapi takut Qalisya tak gelak, malu pulak aku. Dah kena cop tak ada sense of humor.
Qalisya gelak kecil. Eh eh, dia gelak! Ah, suka suka suka suka! Melompat-lompat seronok perasaan aku. Kalau x-ray pun tak nampak.
“Tak sangka Pa’e ni lain je dari dalam kelas, kan? Selalu tu muka dia, ketat je. Sya nak tegur pun jadi segan,” ujar Qalisya sambil ketawa kecil. Aku terkesima. Adakah itu satu pengakuan? Boleh ambil kira ke?
“Kenapa tak tegur je? Pa’e lagi segan nak tegur, Sya ka nada black belt nanti Pa’e kena kerat 18 pulak.” Selorohku. Qalisya ketawa lucu. Ah, favorite thing aku kalau orang tanya ‘bila Qalisya senyum’ aku jawab.
“Tak adalah, Sya takkan buat macam tu kat Pa’e lah. Sya tak seganas tu,” senyum-senyum Qalisya memandang aku. Ni yang berwap cermin mata aku, tak nampak clear muka comel Qalisya. Cermin mata penghalang aku buka dan letak di atas meja. Aku memicit-micit pangkal hidung untuk melegakan bekas letak cermin mataku tadi.
“Pa’e tak kenal Sya ke?” soal Qalisya tiba-tiba. Aku terkedu. Soalan cepumas apa tu?
“Siti Qalisya binti Dariman? Student of final year Civil Engineering section 2? Kan?” teragak-agak aku menjawab dengan soalan juga. Qalisya menggeleng kepalanya.
“Bengaplah kau ni Pa’e! Sya ni kan class mate kau masa secondary dulu, kau tak ingat ke?” sampuk Azura, rakan Qalisya. Rupa-rupanya mereka senyap dari tadi sebab mahu mendengar topic perbualan mereka. Bertuah punya pakatan!
“Secondary? Sya budak SMASS ke?” soalku agak ragu-ragu. Qalisya senyum segaris sambil mengangguk. Aku mengecilkan mataku cuba mengingat semula wajah-wajah anak-anak remaja Upper Six 3, Sekolah Menengah Ahmad Sabki Shah.
“I sit two row back in the middle at class and your partner in Physic’s lab,” Qalisya mengingatkan aku kisah silam yang hampir aku lupakan.
“Awak?” terkedu aku sebaik ingat-ingat lupa wajah si tembam yang menjadi rakan kumpulanku setiap kali mata pelajaran Fizik. Takkanlah?
“It was me and well, you still keep my 24 jersi yang Sya tak muat pakai dulu.”
Aku bertambah kelu. Betullah dia!
“Sya tahu ada someone yang pakai jersi tu kat kampus ni hari pertama pendaftaran tapi Sya tak nampak siapa, yang Sya perasan orang tu pun student kat kampus ni. Sya cari tapi tak jumpa tapi semalam Sya nampak Pa’e pakai jersi tu, Sya jerit tapi Pa’e seronok sangat kejar bola. Pagi tadi Sya cuba nak tegur Pa’e tapi takut Pa’e marah sebab Pa’e fokus sangat dalam kelas. Tadi Hana kata Pa’e lepak kat sini dengan kawan-kawan, sebab tu Sya ikut.”
Ramai yang mendengar pengakuan Qalisya itu dan mata-mata itu kini tertumpu pada aku yang dah terlopong mulut. Zaki menyepak kakiku lagi, kali ini aku betul-betul jatuh dari kerusi. Terkejut mereka. Aku cepat cepat bangun nak sebab nak cover malu aku terus pergi berdiri sebelah Qalisya.
“Pa’e, mengakulah cepat! Sya, Pa’e ni sebenarnya syok kat Sya sejak junior year lagi tau tak!” Zaki memecahkan rahsiaku. Qalisya membulatkan matanya hampir tak percaya.
“Tak!” aku bangkang. Keras. Tercengang mereka termasuk Qalisya. Dah nampak dah riak-riak tak puas hati para penonton drama live kat warung Tok Jiman ni. Qalisya pulak dah siap bukak langkah karate dia, sikit lagi aku arwah ni.
“Pa’e suka Sya sejak SMASS lagi.” Nah, pengakuan aku yang tak disangka-sangka!
Yeay! I’ve break the curse!