Writing Is Just A Gift

Writing Is Just A Gift

Dia Kasanova

DIA KASANOVA???


MENARA Kuala Lumpur tersergam indah di depan matanya, Fadi tersengih melihat reaksi Syuhadah yang baru pertama kali tiba di bangunan kedua tertinggi di Malaysia selain Menara Berkembar Kuala Lumpur. Mama yang memintanya membawa Syuhadah bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur memandangkan sepupu sebelah arwah papanya itu berasal dari kampung dan pertama kali datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menemani neneknya yang juga nenek saudara Fadi.
                “Syu nak naik atas?” pelawaan Fadi seperti pucuk dicita ulam mendatang oleh Syuhadah. Dia terlalu teruja. Dia akan meminta Fadi mengambil gambarnya sebanyak mungkin dan dia akan tunjukkan pada teman-teman sekampungnya nanti.
                “Wah, tingginya Fadi! Syu jadi gayat pulak,” Syuhadah mula pening-pening lalat sebaik melihat jurang tinggi dari dalam menara dek pemerhati. Dia segera memeluk lengan Fadi. Fadi pula sekadar sengih. Seronok Syuhadah berpaut padanya. Mujurlah sepupu sendiri kalau tak, memang tak lepas jadi mangsa aku.
                Budak kampung macam Syuhadah ni tak kurang cantiknya malah ayu dan sopan je pakai baju kurung. Betul-betul kekampungan. Ni karang kalau terserempak dengan seangkatan tak pepasal aku kena bahan pulak. Sambil itu mata Fadi meliar memerhati kawasan dek pemerhati yang ramai dengan pengunjung.
                “Fadi, tu KLCC kan? Wah, nampak macam dekat je dari sini. Besarnya,” Syuhadah kekaguman. Kini dia bergengaman tangan pula dengan Fadi. Langsung tak kekok atau malu-malu. Fadi senyum lagi. Dia merapati Syuhadah.
                “Lepas ni kita pergi sana nak? Kita shopping untuk Syu, Fadi belanja. Okey?” cadangan Fadi disahut riang oleh Syuhadah. Untung dapat sepupu kaya macam Fadi ni. Bisik hati kecil Syuhadah.
                Setelah puas mengelilingi dek pemerhati, mereka turun ke tingkat satu kemudian mengambil gambar kenangan yang ditangkap oleh pekerja menara itu yang sememangnya tersedia istimewa kepada para pengunjung. Syuhadah bagaikan anak kecil terlompat-lompat sebaik mendapat gambarnya bersama Fadi. Nanti dia akan tunjukkan pada kawan-kawannya, biar mereka cemburu!
                Di Suria KLCC, Fadi membawa Syuhadah ke medan selera yang dipenuhi ramai orang. Syuhadah memilih Mango Chili sebagai tempat santapan tengah hari mereka. Syuhadah berbual riang dengan Fadi sambil mereka berkongsi cerita.
                “Fadi? Hei, buat apa kat sini?” teguran seseorang mengalihkan perhatian Fadi pada suara itu. Syuhadah turut memandang lelaki yang ringkas berpakaian t-shirt body shape dan jeans lusuh. Kacak!
                “Eh, Luke! Hai, aku bawak cousin aku jalan-jalan. Kau dengan siapa ni? Sorang je?” Fadi bersapa mesra dengan pemuda yang bernama Luke itu. Syuhadah memberikan senyuman manisnya.
                “Aku baru lepas jumpa Salman dengan Zarina, tak sangka boleh terserempak dengan kau pulak. Eh, boleh aku join sekali?” Luke menarik kerusi dan duduk bersebelahan dengan Fadi. Fadi menggangguk saja membiarkan rakannya itu menyertai mereka berdua. Dia tidak kisah lagipun dia sudah lama berkawan dengan pemuda itu.
                “Hai, saya Lukman tapi panggil Luke je. Nice to meet you,” Luke menghulurkan salam perkenalan. Syuhadah menyambut malu-malu. Terpikat dengan wajah tampan Luke.
                “Luke ni kawan Fadi kat kolej tu, sama course. Luke ni Pan-Asia sebab tu handsome, Syu jangan terpikat pulak. Dia kasanova tau!” Fadi memberi amaran dalam pada bergurau, sengaja mengusik Luke. Luke menumbuk perlahan bahu Fadi sambil tergelak besar.
                Kasanova? Dia kaki perempuan ke? Hmm…tak heranlah sebab muka dia kacak, body pun tegap jer. Siapa yang tak terjatuh hati. Tengok tu senyum bukan main handsome lagi, perempuan mana tak cair. Aku ni bukan takat cair, dah jadi wap dah! Puji Syuhadah dalam hati. Terpegun dengan keindahan wajah Luke.
                “Lepas ni you all nak pergi mana?” soal Luke. Pandangan bergilir di antara Syuhadah dan Fadi.
                “Aku nak bawak Syu shopping, kau nak ikut jugak ke?” Fadi buat kening ‘double-jerk’ sengaja menguji Luke yang sebenarnya kurang berminat menemani perempuan terutamanya sesi membeli-belah. Luke ketawa, tahu apa yang difikirkan Fadi.
                “Takde masalah lagipun ada benda yang aku nak cakap dengan kau itupun kalau kau tak kisahlah,” kali ini riak wajah Luke berubah serius. Fadi matikan senyumannya. Tahulah dia apa yang bermain difikiran Luke. Dia berpaling pada Syuhadah. Serba salah. Kita jumpa silap masa, Luke. Keluh Fadi.
                “Hari lain tak boleh?” Fadi cuba berkompromi namun gelengan tegas Luke membuatkan dia mendengus kasar. Ada masa mamat kacukan ni degil Ya Rabbi!
                “Yerla, yerla! Hmm…Syu tak kisahkan Luke ikut sekali?” Fadi bertanya pendapat Syuhadah pula. Manalah tahu jika gadis itu tidak senang dengan kehadiran Luke bersama mereka. Bagaimanapun gelengan Syuhadah menandakan dia setuju sangat mengecewakan Fadi. Ni la orang perempuan, mudah terpikat dengan rupa! Cemuh Fadi.


                SYUHADAH memandang Fadi yang masam mukanya memanjat tangga naik ke biliknya. Barang-barang yang mereka beli tadi dia campak saja di atas sofa diruang tamu. Kecut perut Syuhadah melihat sisi garang Fadi. Semuanya gara-gara Luke yang mengatakan sesuatu yang menyebabkan Fadi naik angin malah pertembungan mereka dengan seorang gadis yang cantik bernama Zarith. Pertengkaran kecil di taman KLCC telah menaikkan takat didih kemarahan Fadi hingga dia diheret pulang. Di dalam kereta pun Fadi tidak bersuara apa-apa. Telefonnya yang berulangkali berbunyi minta diangkat langsung dia tidak endahkan.
                “Kenapa dengan budak tu, Syu? Macam mengamuk aje,” tegur Datin Julia yang muncul dari arah dapur. Dibelakangnya Nek Wan mengekori. Syuhadah serba salah mahu menjawab.
                “Gaduh dengan kawan dia,” beritahu Syuhadah. Baik terus terang, fikirnya mudah.
                “Dengan siapa pulak? Lukman?” tekaan Datin Julia kena tepat pada sasarannya. Nampaknya Datin Julia sudah kenal baik dengan pemuda kacukan itu.
                “Zarith pun sama,” tambah Syuhadah lagi. Mungkin Datin Julia juga mengenali siapa gadis cantik itu.
                “Zarith? Siapa?” soal Datin Julia pelik.
Sangkaan Syuhadah meleset. Oh, Datin Julia tak kenal pulak.Syuhadah akhirnya meminta diri mahu masuk ke dalam bilik sebagai alasan mahu melarikan diri dari soalan-soalan FBI Datin Julia. Tambah parah nanti.
Barang-barang yang dibeli oleh Fadi untuknya diletakkan di atas katil. Syuhadah kemudian merebahkan tubuhnya menelentang mengadap siling bilik. Ingatannya kembali pada kejadian petang tadi, selisih faham di antara Fadi dan Luke hanya dia dengari hujung-hujung telinga saja manakala gadis bernama Zarith itu langsung dia tidak dapat fahami apa-apa kerana mereka berada dalam jarak yang agak jauh.
“Sampai bila kau nak tipu diri kau, Fadi? Aku tak sanggup tengok kau hari-hari kena berdepan dengan Zarith lepas tu kau kena hadap pulak dengan Rashdan, sudahlah tu. Kau dah tak perlu teruskan semua ni,” kata-kata Luke perlahan tetapi sampai ditelinga Syuhadah yang berpura-pura memilih pakaian di butik baju.
“Aku belum puas, Luke. Dan kalau kau rasa kau kawan aku, berhenti suruh aku berhenti!” marah Fadi.
“Kau tahu aku sentiasa menyokong kau Fadi tapi, kau lepaskanlah Zarith. Biarkan dia dengan Rashdan,” Luke tidak putus harap menasihati sahabatnya tetapi sambutan Fadi nyata tetap dingin.
Syuhadah memicit kepalanya. Apa hubungan Fadi dengan Zarith? Adakah mereka pasangan kekasih? Dan apa pula halnya dengan Luke? Tentu sepupunya itu terlibat dengan cinta tiga segi. Syuhadah membuat tanggapan sendiri.
Fadi merupakan sepupunya yang tidak pernah dia temui, dia hanya tahu tentang kewujudan keluarga arwah bapa saudaranya itu selepas menerima berita kematiannya tiga tahun lalu. Bagaimanapun pada ketika itu hanya Nek Wan dan bapanya saja yang turun ke Kuala Lumpur untuk menziarah. Kali ini dia menemani neneknya pun disebabkan bapanya yang meminta akibat tugas bapanya yang bekerja sebagai pemandu lori yang kerap ke luar kawasan. Emak pula tidak berapa sihat untuk mengikuti lagipun nanti tiada siapa yang akan melihat adik-adiknya.
Pertama kali bersua muka dengan Fadi beberapa hari lalu, Syuhadah terpegun dengan ketampanan Fadi. Senyumannya yang berhias dengan lesung pipit di sebelah kiri menambahkan kemanisan wajahnya. Badannya yang kurus agak tegap dan tinggi. Penampilannya cukup ringkas dan padan dengan kulitnya yang putih. Ala-ala mat jambu gitu. Fadi juga ramah orangnya tetapi ada ketikanya mood pemuda itu sukar untuk diramal. Mudah berubah-ubah dan juga sensitive.
Tetapi satu saja yang dia pelik dengan sepupunya ini, mungkin juga tidak keterlaluan jika dia mengatakan Fadi gatal sebab pemuda itu cukup bersahaja dan selamba aje bila mereka masuk ke butik pakaian dalam wanita. Puas Syuhadah menyuruhnya keluar dan menunggunya di tempat lain tetapi Fadi tetap degil malah siap mencadangkannya pakaian dalam yang agak seksi. Malu tak usah cakaplah. Pekerja butik tu sengih-sengih je tengok kami tapi Fadi tetap buat ‘derk’ aje. Menyampah pulak tengok!
Apapun Fadi seorang yang mudah didekati dan mesra alam. Terutama sekali dengan kaum wanita. Mulut dia manis macam kilang gula! Sesedap rasa je dia puji mana-mana perempuan cantik sepanjang beberapa hari dia mengenali sepupunya itu. Kawan-kawan perempuan dia pun bukan calang-calang orang, semua cantik-cantik dan seksi belaka. Tak sangka Syuhadah mempunyai sepupu yang rupanya pencinta wanita!
“Siapa yang kasanova sebenarnya?” bisik Syuhadah perlahan berdasarkan gurauan Fadi terhadap Luke di Mango Chili siang tadi.


LAILA mengerling ke arah Syuhadah sebaik Fadi memperkenalkan mereka. Senyuman gadis itu jelas sinis dan memandang rendah pada sepupu Fadi. Syuhadah sedar situasi itu tetapi dia biarkan saja. Tak luak pun. Fadi membawanya bersiar-siar di sekitar Tasik Titiwangsa yang cukup terkenal di Bandar Kuala Lumpur.
“You dah lama tak bawa I keluar, last week I dengar you ajak Janice pergi Genting Highland. Sampai hati you, ya?” rajuk Laila dengan muncung itik dia. Syuhadah mencebik. Meluat melihat perangai gedik Laila.
Fadi ketawa halus. Dia memeluk bahu Laila. Laila merasa kemenangan berpihak padanya ketika Fadi membelainya sebegitu di hadapan Syuhadah. Syuhadah pula hanya mampu telan liur. Aduh, ni dah macam drama ala-ala curang ni. Main peluk-peluk manja gedik bagai. Ish, merosakkan pandangan mata betul!
“Sorry dear, I dah cuba contact you tapi your phone always engaged. Kebetulan masa tu Janice all time free, that’s why I ajak dia lagipun I tak mahulah bazirkan free ticket yang dah nak expire masa tu. Tapi I janji akan bawa you lain kali, okey?” pujuk Fadi dengan alasan. Sebenarnya dia dia memang membeli tiket pakej ke Genting Highland itu kerana mahu memikat Janice, juniornya di kampus. Nyata usahanya berbaloi kerana Janice dengan mudah terpikat dengannya. Fadi tersenyum bangga sebentar.
“Promise?” Laila menghulurkan jari kelengkengnya. Eh eh, berlagak comel pulak ala-ala ikat janji. Aku cepuk jugak la si gedik ni karang. Syuhadah mendongkol geram melihat aksi Laila yang begitu dambakan perhatian Fadi.
“Promise. But now, I nak temankan cousin I tu. We’ll see later, okey sweetheart?” manis betul pujukan Fadi hingga Laila sudah tidak mampu untuk membantah. Dia akhirnya meninggalkan Fadi dan Syuhadah berdua itupun setelah menghadiahkan satu jelingan tajam bagai pedang samurai pada Syuhadah.
“Banyaknya girlfriend awak ya Fadi? Rasanya pangkat kasanova tu patut awak yang pegang bukan Luke,” perli Syuhadah tanpa lapik. Panas hati pulak dia dengan perangai buaya Fadi yang semakin kelihatan di matanya. Fadi ketawa besar. Lucu pula dengar sindiran Syuhadah.
“Awak nak tahu sesuatu tak?” ujar Fadi setelah tawanya hilang. Ketika itu mereka duduk di atas sebuah bangku yang terletak di tepi tasik. Syuhadah tidak memandangan namun dia fokus kepada Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Kuala Lumpur di hadapannya.
“Saya memang ramai kawan perempuan tak kurang juga dengan kawan lelaki tapi yang paling rapat dan memahami saya adalah Luke. Satu hari, Luke jatuh hati pada seorang gadis. Sebab nak pikat gadis tu, kami dah jarang lepak macam selalu. Saya jadi cemburu dengan perempuan tu sebab rampas persahabatan kami. Tak lama lepas tu saya dapat tahu gadis tu sebenarnya perempuan simpanan bekas senior kami. Dan dia permainkan perasaan Luke sampai Luke dah tak macam dulu, sampai jatuh sakit sebab terlalu kecewa. So, dengan kelebihan yang saya ada, saya pikat gadis tu buat hubungan dia dengan lelaki tu berantakan sampai mereka putus. Senang je pun nak perangkap perempuan murah macam tu, tayang duit dengan bonus muka kacak mesti cairlah. Lepas tu saya biarkan dia, saya keluar dengan mana-mana perempuan yang I suka. Dia marah dan dengan siapa saya keluar mesti lepas tu dia akan serang perempuan tu, saya buat tak kisah je. Suddenly that day, dia jumpa Luke dan maki hamun Luke bila tahu Luke tu my bestfriend. Luke betul-betul kecewa and that day juga saya suruh perempuan tu berambus dari hidup saya. However, it isn’t easy as words because she keep searching for me and ask me to come back to her. Yuksss!! I won’t! Ever!” cerita Fadi panjang lebar bersama senyuman sumbingnya. Nampak jelas kelukaan terpancar di wajahnya. Syuhadah memandang dalam riak Fadi, dia cuba mendalaminya.
“Tapi Luke masih pertahankan perempuan tu, kan? Sebab tu awak tak pernah berhenti sakitkan hati perempuan tu?” serkap jarang Syuhadah bertempat. Dia jelas kini dengan apa yang cuba disampaikan oleh Fadi. Sebab kawan Fadi sanggup menyusahkan dirinya sendiri. Bergelumang dengan konflik yang tidak berpenghujung.
“Zarith was his first love, so of course he will protect her no matter what. He was so blind, what a stupid Pan-Asian guy. Huh!” kutuk Fadi sambil melepaskan dengusan kasar. Syuhadah ketawa halus. Kadang-kadang aku tengok Fadi ni macam perempuan je gaya cakap. Tu la, hidup permainkan perempuan macam ni la jadi. Bala bala!
“Dia cantik, so tak hairanlah.” Puji Syuhadah tanpa sedar Fadi mendengarnya. Fadi bingkas bangun. Sakit pula hati dia bila Syuhadah memuji Zarith. Itulah perempuan yang paling aku benci tapi budak ni pergi puji pulak. Spoiled mood aje!
“Walaupun keikhlasan hati tu penting dalam hubungan, kadang-kadang Fadi, kita tak terlepas juga pandang sisi lain. Rupa tu memang jelas secara fizikalnya sebab itulah benda pertama yang kita tengok pada seseorang tu sama ada hati dan rupa dia selari atau tidak dan ketika itulah kita membandingkannya. Janganlah terlalu salahkan rupa, Fadi sebab semua perempuan nak cantik dan mahukan perhatian lelaki. Cuma sesetengah wanita malah ada juga lelaki yang mengambil kesempatan terhadap kelebihan yang ada pada mereka. At least Fadi cubalah confront dengan Luke, slow talk or maybe Luke dah terima kenyataan ni sebab tu dia cuba minta Fadi hentikan dendam gila Fadi tu. Sebagai kawan, Luke mesti tak nak Fadi dapat susah hanya sebab kesilapan lalu dia.” Kata-kata nasihat Syuhadah menusuk masuk ke dalam hati Fadi.
Pemuda itu terdiam. Berfikir dalam dan menimbal balik maksud yang disampaikan sepupunya itu. Fadi melepaskan keluhan kesal. Mungkin dia terlalu mengikut kata hati, menurut perasaan marah dan terlalu berdendam. Sememangnya presepsinya terhadap kaum wanita sangat rendah dan jelik baginya tetapi disebabkan kaum hawa itu juga dia belajar sesuatu secara sengaja ataupun tidak. Syuhadah juga telah membuka hatinya sedikit demi sedikit. Dia juga sudah penat dengan permainan yang dia cipta sendiri. Semuanya cukup memeningkan kepalanya.
Syuhadah betul. Bukan sepenuhnya salah seseorang itu yang terpikat disebabkan tarikan rupa fizikal yang menarik dan cantik. Paras rupa fizikal seseorang itu menjadi punca utama tanggapan pertama kali bertemu. Hanya mata yang melihat kemudian barulah hati yang menilai. Jika mata sudah terpikat tentunya hati pun ikut terdorong sekali. Hanya segelintir manusia saja yang mampu membezakan hati dan perasaan mereka. Fadi bukanlah golongan ‘bijak’ seperti itu.


“ROMBONGAN meminang? Pinang siapa nek?” sampuk Syuhadah sewaktu dia terdengar perbualan di antara Datin Julia dan Nek Wan di laman rumah.
“Ish, menyibuk aje kamu ni Syu.” Tegur Nek Wan dengan sikap Syuhadah yang dianggap tidak sopan kerana menyampuk perbualan orang tua.
“Biarlah, Nek Wan. Ni, ada rombongan meminang untuk Fadia. Esok katanya nak datang sebab tu mak cik minta Nek Wan dengan Syu tinggal dulu dua tiga hari, tangguh pulang ke kampung tu. Mak cik tak laratlah nak handle sorang-sorang,” adu Datin Julia.
“Fadia? Kakak kembar si Fadi tu? Siapa yang masuk meminang? Mak cik kenal ke?” soal Syuhadah berminat. Belum pernah lagi dia bersua muka dengan kembar sepupunya yang satu lagi. Kata Datin Julia dulu wajah mereka tak banyak beza, hampir seiras.
“Haah, kembar Fadi. Rasanya Syu kenal dengan Lukman, kan?” senyum Datin Julia memandang Syuhadah.
“Luke? Kawan Fadi? Dia kenal ke dengan Fadia? Fadi tahu ke?” agak memeranjatkan kerana kawan si adik mahu menjadi pasangan si kakak. Apalah reaksi Fadi agaknya. Takkan nak bermusuhan dengan saudara kandung sendiri, kembar pulak tu!
“Fadi tak tahu tapi Fadia kenal sangat dengan Lukman,” sengih Datin Julia lagi lebih lebar dari tadi. Ni yang lagi pelik ni. Luke ni nak tempah maut ke? Dah lama hidup dah? Nak kakak tapi tak bagitau adik. Fadi tu dahlah jenis cepat baran, sensitive.
“Tak tahu pulak Luke kenal dengan Fadia sebab Fadi tak pernah cerita pun. Hmm…tak apalah, so bila Fadia nak balik?” Syuhadah menuang jus oren ke gelas kosong.
“Balik mana? Rasanya dia tak keluar langsung hari ni, ada kat dalam bilik tu.” Beritahu Datin Julia. Syuhadah yang baru mahu menikmati hirupan pertama minumannya hampir tersedak. Macam pelik aje mak ciknya itu susun ayat.
“Mak Su, Fadia tu yang Syu maksudkan bukan Fadi.” Syuhadah cuba betulkan kekeliruan yang timbul. Datin Julia mengerut dahinya begitu juga dengan Nek Wan.
“Habis selama ni kamu dengan siapa? Bukan Fadia? Fadi masih ada kat Australia lah,” jelas Datin Julia. Kali ini memang lancar diucapkan dan terang pada pendengaran Syuhadah.
“Tapi mak cik…”
“Hmm…Dia tu selalulah macam ni, mak cik ingat dia dah beritahu kamu rupanya dia masih main-main dengan identity adik dia tu. Fadia…Fadia,” geleng Datin Julia kesal. Nek Wan pulak ketawa. Nampaknya Fadia bijak memperdayakan sepupunya yang satu ini.
“Fadia? Bukan Fadi?” gugup Syuhadah cuba menerima hakikat. Aduh!! Bengong, bertuah kulit durian punya sepupu! Tipu aku! Siap kau!


SITI NUR FADIA BT DATUK SAAD kini sudah sah menjadi isteri kepada Muhd Lukman Akim Bin Abdullah berwalikan Muhd Fadi Hassan Bin Datuk Saad, adik kembar Fadia yang baru tiba dari Australia beberapa hari sebelum majlis. Syuhadah dilantik menjadi pengapit Fadia dan juga penolong sepanjang majlis bahagia Fadia dan Lukman. Tidak disangka rupanya Fadia dan Fadi mempunyai wajah yang sangat seiras dan hanya dibezakan dengan lesung pipi di sebelah kanan.
Yang mengejutkan lagi rupanya Luke sudah lama tahu tentang identity Fadia cuma dia tidak pernah ambil kisah sehinggalah Fadia berani meluahkan perasaan sebenarnya pada Luke selepas menerima nasihat Syuhadah. Tanpa banyak bicara juga Luke menerima malah terus menghantar rombongan meminang dengan alasan takut Fadia ‘membunuhnya’ disebabkan ugutan Fadia.
Pada hari Syuhadah mendapat tahu hal sebenar berkaitan identity sebenar Fadia, puas mereka bekejaran di sekitar banglo malah Syuhadah sanggup mengejar Fadia yang lari menyelamatkan diri hingga ke simpang traffic light di luar kawasan perumahan mereka. Habis koyak dan berterabur bantal milik Fadia menjadi mangsa Syuhadah mengamuk tetapi Fadia hanya mentertawakannya sampai berguling-guling. Buat malu aje aku menyendeng kat dia selama ni rupa-rupanya sama jenis. Bila ingat balik rasa jijik pulak lebih-lebih lagi terkenangkan ‘teman-teman wanita’ Fadia. Adoi…loya tekak!
“Berhentilah mengamuk tu, Syu. Dia pun dah selamat jadi bini Luke,” Fadi menghampiri Syuhadah yang sedang mencarik-carik daun bunga orkid milik mamanya. Mengamuk juga nanti orang tua tu.
“Habis awak pun tak marahlah? Sebab Dia awak asyik kena kejar dengan ‘girlfriends’ dia semua tu!” marah Syuhadah. Fadia yang sedang ketawa riang menjamu selera bersama keluarga barunya dipandang geram. Fadi ketawa besar.
“Well, saya rasa bertuah je sebab saya tak buat apa-apa pun ramai yang tergila-gilakan saya. Apapun, hebat juga perempuan macam Dia tu pikat kaum sendiri ya? Kalah lelaki betul,” seloroh Fadi. Syuhadah menjeling benci.
“Dia kasanova betul semata-mata nak balas dendam untuk Luke,” gumam Syuhadah akhirnya. Fadi senyum segaris.
“Itu cara Dia mendapatkan cintanya, awak pula macam mana?” sengih Fadi di hadapan muka Syuhadah. Gadis itu terkesima seketika. Berkelip-kelip matanya memandang wajah tampan Fadi yang lebih maskulin berbanding ‘Fadi’ Fadia.
Tiba-tiba Syuhadah tersedar dan terus menggeliat kegelian. Argh, tidak!! Boleh teringat pula dengan Fadi palsu. Ish, minta simpang laa… Fadi ketawa besar melihat reaksi Syuhadah dan dia sangatlah mengerti.
“Teruklah macam ni,” keluh Fadi sengaja menarik perhatian Syuhadah yang mahu melangkah pergi.
“Kenapa pulak?”
“Sebab Fadia dah jadi saya, so sekarang ni susahlah saya nak pikat awak.” Ucap Fadi bersama sengihannya yang penuh makna. Syuhadah mencebik benci. Terjuih panjang bibirnya sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Fadi bersama tawanya.
“Gila!”